web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Mohon Tangguh Sesi Menghadap Agong

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 12:42AM

Saravanan berkata, BN sudah memohon penangguhan bagi sesi menghadap tersebut namun masih menunggu maklum balas daripada pihak Istana Negara. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) memohon penangguhan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong membabitkan 30 Ahli Parlimennya yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok.

Difahamkan, penangguhan tersebut adalah untuk meneliti beberapa perkara yang masih belum diselesaikan dalam kalangan Ahli Parlimen BN.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, BN sudah memohon penangguhan bagi sesi menghadap tersebut namun masih menunggu maklum balas daripada pihak Istana Negara.

“Kalau boleh kita akan tangguhlah, kita dah minta ke Istana (Negara) sebab kita ada meneliti beberapa perkara lagi.

“Tapi (penangguhan) belum tahu lagi, kita (sudah) minta Istana (Negara) boleh tangguh atau tidak, jadi kita tunggulah keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan Mesyuarat Ahli Parlimen BN, di sini malam ini.

Menurut beliau, BN masih belum membuat sebarang ketetapan untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pihak sama ada Perikatan Nasional (PN) mahu pun Pakatan Harapan (PH).

“Tak, tak ada pilih siapa-siapa, belum lagi pilih. Kita meneliti banyak perkara, kedudukan parti dan macam-macam lagi. Dari segi memilih itu belum buat keputusan lagi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon turut memaklumkan perkara sama tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Kita kekal dengan pendirian seperti pagi tadi iaitu tidak menyokong siapa-siapa sama ada PN atau PH untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk menghadap baginda di Istana Negara esok selepas menerima menghadap calon Perdana Menteri daripada PH dan PN, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok.

Katanya, proses menghadap secara individu itu bertujuan supaya Al-Sultan Abdullah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air tercinta.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam