web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Adakan 2 Mesyuarat Malam Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 9:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengadakan dua mesyuarat malam ini, iaitu Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn, di sini.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mesyuarat tersebut membabitkan semua 30 Ahli Parlimen BN dan pimpinan tertinggi parti itu.

“Nanti kita tunggu selepas mesyuarat malam ini. Terlalu awal untuk saya menyatakan sebarang pendirian.

“Dua mesyuarat itu saya boleh sahkan, satu (Dewan Tertinggi) BN dan satu lagi (bersama) Ahli Parlimen,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, mesyuarat tersebut diadakan susulan 30 Ahli Parlimen BN sepakat memutuskan untuk berkecuali daripada menyokong pencalonan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) mahu pun Perikatan Nasional (PN) sebaliknya bersedia untuk menjadi pembangkang.

PH menamakan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin dicalonkan bagi pihak PN.

Negara menyaksikan Parlimen ‘tergantung’ selepas tiada gabungan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu memperoleh majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk menghadap baginda di Istana Negara esok, selepas menerima menghadap kedua-dua calon Perdana Menteri iaitu Anwar dan Muhyiddin, petang tadi.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi menghadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok.

Selain Hishammuddin turut tiba di Ibu Pejabat UMNO adalah Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Datuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek