web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Hubungi Abang Johari, Jemput GPS Sertai Gabungan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 10:22PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg untuk menjemput GPS menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Anwar berkata, beliau telah menghubungi Abang Johari hari ini dan menjelaskan mengapa PH ialah pilihan lebih baik untuk Sarawak berbanding Perikatan Nasional (PN).

“Ya, saya telah menghubungi Abang Johari menerusi wakil yang boleh dipercayai dan menjelaskan, mengapa PH adalah rakan gabungan lebih baik untuk Sabah dan Sarawak,” katanya ringkas kepada The Vibes apabila dihubungi.

“Kami akan menghormati Sarawak dan rakyatnya dan kami faham kesukaran serta keperluan mereka.

“Sarawak dan Sabah hanya mahu dilayan sama rata dan PH boleh menawarkan jaminan itu,” kata Anwar.

Abang Johari Abang Openg
Abang Johari Abang Openg

Katanya, PH boleh memastikan Sabah dan Sarawak menyertai pakatan yang memastikan rakyat mereka dilayan dengan adil serta saksama.

“Sarawak dan Sabah sering ditaburi dengan janji manis untuk sokongan diberikan tapi saya beri jaminan, PH tidak akan mengambil kesempatan ke atas mereka,” tambah Anwar.

Katanya, apa yang terbaik untuk komuniti pelbagai etnik serta agama seperti Borneo ialah gabungan seperti PH yang mewakili kemajmukan masyarakat dan agama di Malaysia.

“PH memperjuang layanan sama rata untuk semua kumpulan tetapi pada masa sama, memastikan hak Perlembagaan dijunjung tinggi, begitu juga hak serta keistimewaan kaum Melayu dan agama Islam, sama seperti komuniti lain,” tambahnya.

Anwar berkata, beliau sedang menanti jawapan Premier Sarawak itu.

“Saya menganggap beliau sebagai sahabat. Saya amat menanti kesempatan untuk bertemu atau bercakap dengannya pada kadar segera,” katanya. - The Vibes, 21 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek