web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Perlu SD Bila Ada Akta Anti Lompat Parti - Pakar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 8:55PM

Sumber yang juga Pakar Perlembagaan berkata sejajar dengan titah baginda supaya pemimpin parti menamakan calon Perdana Menteri dan gabungan pilihan masing-masing, tiada keperluan untuk Ahli Parlimen menandatangani SD itu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta akuan bersumpah (SD) daripada setiap Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Sumber yang tidak mahu dikenali memberitahu The Vibes, Yang di-Pertuan Agong secara jelas telah menitahkan pemimpin parti untuk menamakan calon Perdana Menteri dan gabungan pilihan masing-masing.

Sumber yang juga Pakar Perlembagaan berkata, sejajar dengan titah baginda, tiada keperluan untuk Ahli Parlimen menandatangani SD itu.

Memandangkan Anwar ialah ketua parti dengan kerusi majoriti (82), Ahli Parlimen lain tidak perlu memberi SD secara individu kerana ia adalah pembentukan kerajaan selepas pilihan raya.
Memandangkan Anwar ialah ketua parti dengan kerusi majoriti (82), Ahli Parlimen lain tidak perlu memberi SD secara individu kerana ia adalah pembentukan kerajaan selepas pilihan raya.

“Prosedur yang tepat ialah hanya surat daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai kerajaan sebagai Perdana Menteri.

“Memandangkan Anwar ialah ketua parti dengan kerusi majoriti (82), Ahli Parlimen lain tidak perlu memberi SD secara individu kerana ia adalah pembentukan kerajaan selepas pilihan raya,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan Speaker untuk mengarahkan semua parti dengan jumlah kerusi mencukupi mempersembah calon dan gabungan pilihan masing-masing.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, pemimpin semua parti politik dan gabungan telah diminta memberitahu mengenai gabungan parti yang telah dipersetujui bagi pembentukan kerajaan baharu.

“Mereka juga diminta mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri,” katanya.

Istana juga menetapkan sehingga jam 2 petang esok untuk mempersembah nama calon Perdana Menteri.

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

Azhar kemudian dipetik sebagai berkata, semua Ahli Parlimen yang bersetuju menubuhkan blok untuk membentuk kerajaan perlu menandatangani SD secara individu untuk menyatakan sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Jahaberdeen Mohamed Yunoos
Jahaberdeen Mohamed Yunoos

Sementara itu, peguam terkemuka, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, SD itu tidak perlu dilakukan kerana Akta Lompat Parti sedia berkuatkuasa.

“Dengan Akta Anti Lompat Parti, sudah memadai untuk Seri Paduka Baginda menerima menghadap Presiden setiap gabungan,” katanya kepada The Vibes.

“Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan keputusan parti perlu melepaskan jawatan dan mengosongkan kerusi,” katanya.

Jahaberdeen memetik Fasal 49 (A) (1) (a) yang dengan jelas menyebut, Ahli Parlimen yang mengundurkan diri daripada parti akan terbatal kedudukannya secara automatik.

Bagaimanapun jika mereka dipecat daripada parti, Ahli Parlimen hanya boleh menjadi calon Bebas kerana undang-undang melarang mereka menyertai parti lain.

Jahaberdeen berpandangan, walaupun Speaker telah diberi mandat untuk mengarahkan parti membuat pilihan, tindakan meminta setiap Ahli Parlimen menandatangani SD itu menyentuh hal ehwal dalamn parti politik dan tidak perlu dilakukan.

“Tidaklah salah meminta SD itu tetapi di bawah peruntukan perundangan sedia ada, ia sebenarnya tidak perlu dan menyusahkan.

“Dan kita telah melihat bagaimana SD tidak boleh diharap dan akan mencetuskan lebih banyak masalah serta kekeliruan,” kata Jahaberdeen, merujuk kepada pendekatan terdahulu yang menyaksikan Ahli Parlimen menandatangani lebih daripada satu SD.

“Cadangan saya ialah jika Agong boleh menerima menghadap semua ketua parti politik. Anwar mewakili 82 ahli dan Zahid bercakap bagi pihak 30 (Ahli Parlimen),” katanya.

“Kemudian Seri Paduka Baginda juga boleh menerima menghadap Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada PN (Perikatan Nasional) (yang memiliki 73 kerusi).” – The Vibes, 21 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar