web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepimpinan Sabah Goyah Selepas GRS Sokong PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 5:06PM

Hajiji Noor dan Bung Moktar Radin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pakatan politik antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) di semenanjung telah meletakkan gabungan parti pemerintahan di Sabah dalam keadaan goyah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kedua-dua GRS dan BN bukan sahaja mempunyai pakatan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  tetapi juga membentuk kerajaan GRS-BN Sabah.

Kini, pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor didakwa melanggar pakatan tersebut dengan memberikan sokongan kepada PN.

Bung Moktar berkata, GRS telah melanggar janjinya untuk menyokong BN pada pilihan raya umum. Kedua-dua perikatan itu meraih 14 kerusi pada pilihan raya umum, dengan enam dari GRS, BN (tujuh) dan satu daripada PN. Satu-satunya kerusi PN adalah Beluran.

BN kini sedang membincangkan mengenai gabungan dengan PH bagi membentuk pakatan perpaduan yang mewakili lebih pengundi, dan mengharapkan GRS mengotakan janjinya sebagai sekutu BN.

PH menang kerusi terbanyak pada PRU-15 pada Sabtu iaitu 82 kerusi.

Sementara bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, UMNO memiliki 14 kerusi manakala GRS mempunyai 26 kerusi termasuk tambahan enam lagi ADUN yang dilantik.

WARISAN yang dijangka memberikan sokongan di belakang gabungan BN-PH mempunyai 20 kerusi di DUN itu.

Pemerhati berkata adalah mustahil untuk GRS mentadbir negeri itu tanpa sokongan BN. BN dan PH hari ini telah pun membentuk dua kerajaan negeri perpaduan di Perak dan Pahang.

GRS terdiri daripada BERSATU, Sabah Star, SAPP, PBS dan Usno serta BERSATU, Sabah Star dan SAPP adalah komponen PN. 

BN dalam pada itu terdiri daripada UMNO dan PBRS. 

Tidak seperti semenanjung, Sabah tidak melaksanakan undang-undang anti lompat parti.

Ketika ditemui dalam satu majis pagi tadi, Hajiji terus membisu dan tidak berhenti untuk bercakap dengan wartawan. - Vibes, 21 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad