web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isham Jalil Dilantik Ketua Penerangan UMNO Berkuat Kuasa Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 5:43PM

Hizatul Isham Abdul Jalil - Gambar dari Facebok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Hizatul Isham Abdul Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi catatan di akaun Twitternya memaklumkan pelantikan Isham dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal 9.6 Perlembagaan UMNO berikutan peletakan jawatan Shahril Hamdan hari ini.

Sementara itu, Isham dalam catatan di Facebooknya berkata beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahmad setelah perbincangan dengan kepimpinan tertinggi parti.

“Surat rasmi telah ditandatangani oleh kepimpinan parti. Saya ucapkan terima kasih atas pelantikan dan kepercayaan parti terhadap saya.

“Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi bersama di kala ini, kita tidak boleh berputus asa, tanggungjawab ini berat lebih-lebih lagi di kala kita berada dalam kekalahan dan kesempitan ini,” kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam itu.

Isham berkata pembaharuan perlu dibuat kepada parti dari dalam dan beliau memberi jaminan tidak akan lari daripada perjuangan serta terus istiqamah dan berkorban untuk parti bersama akar umbi demi agama, bangsa  dan tanah air.

“Sebab itu saya terima tanggungjawab ini dan akan memegang amanah ini dengan sebaiknya walaupun kita sudah tidak punya apa-apa,” katanya.

Kekosongan jawatan Ketua Penerangan UMNO berlaku apabila Shahril Sufian Hamdan mengundurkan diri atas dasar tanggungjawab secara kolektif susulan prestasi hambar parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

BN mencatat prestasi kurang memberangsangkan dalam PRU-15 semalam apabila hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen berbanding pencabarnya Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 82 kerusi manakala Perikatan Nasional meraih 73 kerusi Parlimen. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad