web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harap Kerajaan Gabungan Stabil Dibentuk Walau Berbeza Agenda - Khairuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 3:42PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan agar sebuah kerajaan gabungan yang stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan pemimpin PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan agar sebuah kerajaan gabungan yang stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kerajaan gabungan yang stabil itu perlu dibentuk walaupun parti berkaitan mempunyai agenda berbeza.

“Agenda semua (parti) berbeza tapi yang penting dapat menstabilkan negara demi kemakmuran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat biro politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kehadirannya dalam mesyuarat itu, Mohd Khairuddin bagimanapun berteka-teki berhubung perkara tersebut.

Beliau hanya memaklumkan menemui beberapa pemimpin parti itu.

“Saya berjumpa beberapa pegawai dan pemimpin UMNO di atas. Itu biasalah jumpa, tapi tak ada apa-apa urusan (tertentu),” katanya.

Mohd Khairuddin bertanding di Parlimen Kuala Nerus atas tiket BN namun gagal mempertahankan kerusi disandangnya itu apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Alias Razak.

Dr Alias memperoleh 56, 697 undi manakala Mohd Khairuddin mendapat 26,932 undi.

Pada PRU-14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket PAS memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperoleh undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad yang memperoleh 4,604 undi. – Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad