web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#PRU-15: Shahril Hamdan Letak Jawatan, Desak Zahid Undur Cara Terhormat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:23PM

Shahril Sufian mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO dan mendesak Ahmad Zahid Hamidi untuk undur diri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan prestasi buruk gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Atas semangat "collective responsibility" itu, saya meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar.

“Seperti ramai yang lain, saya kekal setia bersama UMNO. Perjuangan parti belum selesai. Ini bukan pengakhirannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau turut mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN untuk berundur secara terhormat sebagai tanggungjawab atas kekalahan teruk parti itu pada PRU-15.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, Zahid harus memberi ruang kepada kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar untuk gabungan itu selepas ini.

“Benar, ada konsep "collective responsibility" dalam sesuatu kegagalan. Benar, UMNO perlu mempertimbang apa langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 di PRU-15. Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja.

“Tetapi, sebelum parti hendak bincang atau buat apa-apa keputusan, ada satu perkara yang perlu dilaksanakan dahulu. Saya sependapat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan pemimpin nombor datu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini, berundur secara terhormat,” katanya.

Terdahulu, Shahril tewas dalam saingan empat penjuru di kerusi Parlimen Alor Gajah apabila memperoleh 27,288 undi, ketinggalan di belakang Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari yang meraih 28,178 undi.

Dua lagi pencabar Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dari Perikatan Nasional (PN) memperoleh 17,211 undi manakala Muhammad Nazriq Abdul Rahman (PEJUANG) 323 undi. – Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad