web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#PRU15: Anwar Dakwa Ada Sokongan Mencukupi Bentuk Kerajaan Dengan Majoriti Mudah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:35AM

Anwar bersama pemimpin PH lain pada sidang media di Dorsett Grand Subang. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah memperoleh sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau yang juga Presiden PKR memberitahu, kesepakatan itu dicapai hasil rundingan bersama ketua parti-parti lain.

Katanya, gabungan itu memiliki semua dokumen diperlukan untuk membuktikan mereka memperoleh sokongan mencukupi Ahli Parlimen, yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“PH telah menubuhkan blok terbesar Parlimen bersama MUDA. Dan kami juga menyedari hakikat tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti mudah.

“Kami sudah mengadakan siri perbincangan dan rundingan, dan hasilnya, saya mahu memaklumkan bahawa sebagai blok majoriti, kami berhasil meraih sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.”

Diminta mengesahkan jika sokongan Ahli Parlimen lain itu berupaya membentuk kerajaan, Anwar berkata: “Majoriti bermakna lebih daripada 111.”

Kenyataan Anwar itu dibuat sejurus selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan telah menerima surat dari Istana Negara berserta titah Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas mengenai perkara itu, adalah mustahil Muhyiddin boleh membuat dakwaan tersebut kerana PH memiliki sokongan bertulis mencukupi daripada kumpulan Ahli Parlimen untuk berarak ke Putrajaya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Beliau bagaimanapun enggan menamakan parti yang bakal bekerjasama dengan PH dan berkata, adalah tidak wajar untuk beliau mendedahkan semua maklumat berkenaan sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Saya hanya boleh bercakap bagi pihak PH. Sebarang isu berkaitan parti lain hanya boleh disentuh selepas kami mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah, proses tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin.

Ditanya bila pengumuman mengenai pembentukan kerajaan itu boleh dibuat, Anwar berkata: “Saya tak akan maklumkan kerana tak pasti kami ada bilangan itu. Kami hanya boleh membentuk kerajaan selepas menghadap Agong.”

Beliau memberi jaminan, kerajaan yang bakal dibentuk nanti lebih stabil berbanding terdahulu.

Ditanya apakah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dipertimbang sebagai sebahagian daripada kerajaan, susulan status mereka sebagai blok terbesar di Malaysia Timur, Anwar berkata: “Sudah tentu kami alu-alukan penyertaan semua pihak, jadi kitab oleh menjadi lebih inklusif.”

“Tapi saya tak boleh bercakap lebih lanjut,” katanya.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH dan MUDA berjaya menguasai 81 kerusi ketika ini.

PN sementara itu memenangi 73 kerusi, manakala GPS memperoleh 22 kerusi. Barisan Nasional pula memenangi 30 kerusi. - The Vibes, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad