web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15 - PAS Sapu Bersih Parlimen Kelantan, Terengganu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:27AM

PAS berjaya memperoleh keseluruhan lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - PAS membuktikan bahawa parti tersebut diterima secara total di dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu apabila menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Parti komponen Perikatan Nasional (PN) tersebut berjaya memperoleh keseluruhan lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan.

Beberapa kejutan turut berlaku, apabila Parlimen yang sebelum ini menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu di Machang, Jeli dan Gua Musang di Kelantan berjaya ditawan PAS.

Selain itu, di Terengganu, Parlimen Besut dan Hulu Terengganu yang sebelum ini menyumbang kepada penguasaan BN turut ditawan parti berkenaan.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah 12 penggal menyandang kerusi Parlimen Gua Musang akhirnya ditumbangkan oleh calon PN, Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti tipis 163 undi.

Mohd Azizi memperoleh jumlah undi sebanyak 21,826 manakala Tengku Razaleigh atau Ku Li pula memperoleh 21,663 undi.

Sementara itu, di Machang, Pengerusi Badan BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tumpas kepada calon PAS yang juga Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan majoriti 10,154 undi.

Wan Ahmad Fayhsal memperoleh 35,603 undi manakala Ahmad Jazlan mendapat 25,449 undi.

Nasib sama menimpa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi BN Terengganu apabila tumpas di tangan penyandang, Che Alias Hamid.

Ahmad tumpas dengan majoriti besar iaitu sebanyak 27,179.

Che Aliad memperoleh 65,714 undi manakala Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal meraih 38,535 undi.

PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kelantan dan Terengganu menggunakan logo rasmi mereka walaupun bernaung di bawah PN. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi