web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menara Tun Hussein Onn Sepi Tanpa Penyokong, Pemimpin BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 11:21PM

Setakat jam 10 malam tadi, tidak ramai penyokong dan pemimpin BN kelihatan di bangunan itu untuk menyaksikan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana di Pusat Gerakan Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) di Menara Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, sunyi tanpa kehadiran penyokong gabungan itu.

Setakat jam 10 malam tadi, tidak ramai penyokong dan pemimpin parti kelihatan di bangunan itu untuk menyaksikan keputusan terkini Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Suasana itu seolah-olah memberi gambaran bahawa berita buruk akan menimpa BN apabila setakat ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan seolah-olah mereka tidak mencapai sasaran kerusi yang membolehkan gabungan terbabit menang pada PRU-15.

Manakala, petugas media yang menanti di Ibu Pejabat UMNO sejak jam 6 petang, hampa berikutan parti itu tidak menyiarkan keputusan semasa seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Petugas media yang menanti di Ibu Pejabat UMNO sejak jam 6 petang, hampa berikutan parti itu tidak menyiarkan keputusan semasa seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) - Gambar oleh Azim Rahman
Petugas media yang menanti di Ibu Pejabat UMNO sejak jam 6 petang, hampa berikutan parti itu tidak menyiarkan keputusan semasa seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) - Gambar oleh Azim Rahman

Difahamkan, terdapat pertemuan tertutup dalam kalangan pemimpin tertinggi BN bagi membincangkan gabungan politik mana mereka mahu bersama bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU-15. 

Hasil tinjauan Getaran mendapati ketidakhadiran pemimpin BN itu, turut membabitkan kepimpinan tertingginya, berikutan mungkin terkejut atau kecewa apabila ramai calon tewas di banyak kerusi.

Terdahulu, sejumlah besar penyokong dan ahli UMNO didakwa sudah meninggalkan pejabat negeri di Ipoh, selepas parti itu mencatatkan persembahan buruk di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Saarani Mohamad turut berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan - Gambar oleh Alif Omar
Saarani Mohamad turut berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan - Gambar oleh Alif Omar

Sumber memberitahu Getaran, Menteri Besar sementara, Datuk Seri Saarani Mohamad turut berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan.

“Saingan sengit di Kota Tampan, walaupun MB. Beliau tidak mengadakan sebarang sidang media dan ramai penyokong serta ahli parti sudah meninggalkan pejabat UMNO negeri untuk pulang ke rumah,” katanya yang enggan dikenali.

“Saya rasa kami hilang banyak kerusi. Saya rasa kami kalah di Kenering, malah Lenggong juga.

“Dari ibu pejabat, saya dengar kami kehilangan Ketereh. Shahril Hamdan kalah, begitu juga Reezal Merican. Satu-satunya berita baik yang saya dengar ialah KJ menang.”

Satu lagi sumber menambah, Saarani jika mengikut jadual asal merancang untuk mengadakan sidang media bagi mengumumkan kejayaan mereka. – Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar