web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Minah Saleh’ Antara Pengundi Di Titiwangsa, ‘Undi Demi Malaysia Lebih Baik’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 2:22PM

Alla sudah menetap di sini selama 20 tahun dan berstatus warganegara Malaysia. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ‘minah saleh’ dari Rusia yang kini berstatus warganegara Malaysia teruja apabila kali pertama melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), hari ini.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Pavlenko Alla, 44, yang sudah menetap di negara ini selama 20 tahun, selepas menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Maluri, di sini.

Dia yang bekerja di sebuah syarikat swasta keluar mengundi demi Malaysia yang lebih baik.

“Saya mengundi untuk Malaysia yang lebih baik, tapi pada saya hakikatnya Malaysia sudah pun berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi di sini, hari ini.

SMK Taman Maluri adalah satu daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) di bawah Parlimen Titiwangsa.

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November depan.

Calon BN, Datuk Seri Johari Ghani berdepan tentangan daripda mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan dua lagi calon iaitu Pengerusi PEJUANG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mewakili PEJUANG dan doktor gigi, Dr Rosni Adam yang mewakili PN pula menjadi calon tunggal wanita di Parlimen Titiwangsa.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Pada PRU-14, Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon PAS, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. - Getaran, 19 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar