Berita Terkini

26 minit yang lalu: Pusat pengundian awal di Balai Polis Tekek, Pulau Tioman ditutup pukul 12 tengah hari - SPR 33 minit yang lalu: PRU15: 80 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 94 peratus di DUN Tioman setakat 12 tengah hari - SPR 2 jam yang lalu: PRU15: 43 peratus keluar mengundi awal Parlimen Padang Serai, 78 peratus di DUN Tioman setakat 10 pagi - SPR 3 jam yang lalu: PRU15: 17 peratus keluar undi awal Parlimen Padang Serai, 35 peratus di DUN Tioman setakat 9 pagi - SPR 5 jam yang lalu: Piala Dunia: Serbia 2 Switzerland 3, Cameroon 1 Brazil 0

IKUTI KAMI


PRU-15 Bukan Soal Tukar PM Tapi Peluang Terbaik Selamatkan Malaysia

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 9:50PM

Anwar berkata kerjasama antara semua kaum akan dilaksanakan sebagai usaha mencorak masa depan negara yang lebih sejahtera. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan menyeluruh demi memulihkan Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain untuk menyelamatkan negara, pilihan raya kali ini bukan hanya tertumpu kepada penukaran Perdana Menteri.

“Setiap lima tahun sekali, saudara punyai kuasa untuk menentukan ke mana hala tuju negara, menentukan kerajaan bagaimana yang diimpikan.

“Manfaatkanlah kuasa demokrasi di tangan saudara dengan sebaik mungkin. Yakinlah bahawa kita masih punyai harapan,” katanya dalam perutusan khas Pengerusi PH yang disiarkan di Facebook, hari ini.

Menurut calon Parlimen Tambun itu, sekiranya PH diberi mandat untuk membentuk kerajaan selepas PRU-15, beliau tidak akan sesekali mengizinkan sikap permusuhan dan kebencian sesama kaum berlaku di negara ini.

Katanya, kerjasama antara semua kaum akan dilaksanakan sebagai usaha mencorak masa depan negara yang lebih sejahtera.

“Inilah caranya untuk menjamin kebajikan setiap rakyat Malaysia dan menzahirkan sikap ihsan, terutama buat mereka yang sedang menghadapi berbagai ujian dan cabaran.

“Pemimpin kita telah membuktikan kejujuran dan integriti. Menerusi khidmat mereka kepada rakyat, kita akan memulihkan keyakinan antara rakyat dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, PH akan melaksanakan sistem ekonomi yang membela nasib semua kaum jika gabungan itu menerima mandat rakyat pada PRU-15.

Katanya, sistem tersebut akan dilaksanakan bagi menyelesaikan isu kos sara hidup tinggi dan kemiskinan, sekali gus memperbaiki kehidupan rakyat ke tahap yang belum pernah disaksikan.

Malah beliau turut berjanji, gabungan itu akan menambah baik mutu perkhidmatan awam dan membentuk kerajaan yang stabil.

“Apa yang kita perlukan saat ini sistem ekonomi yang membela nasib semua. Kita amat memerlukan satu kebijakan yang akan mendukung lebih 1.2 juta pengusaha kecil dan usahawan yang menjadi tulang belakang ekonomi dalam melonjakkan negara keluar daripada kemelut pandemik.

“Kita mesti lakukan yang terbaik dalam memastikan kebajikan ibu bapa kita terbela kerana wang simpanan mereka habis digunakan di saat pandemik menyerang serta menjamin masa depan yang gemilang buat generasi muda untuk mencapai kesejahteraan.

“Kita komited menyokong dan menjaga kebajikan semua penjawat awam. Insya-Allah, saudara akan menjadi saksi kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan awam serta komitmen yang diperbaharui untuk memperbaiki kehidupan rakyat ke suatu tahap yang belum pernah disaksikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebuah kerajaan akan stabil sekiranya pemimpin berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

Katanya, kestabilan kerajaan dibentuk itu akan terjamin jika pemimpin mempunyai akhlak baik, menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Ini termasuk memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, penetapan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Sementara itu, hak setiap rakyat berbilang kaum akan terus dipelihara dan maruah mereka dihormati laksana sebuah keluarga,” katanya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Meskipun Undang Kemarahan Ramai, Pelantikan Ahmad Zahid Ada Asas - Shamsul Iskandar

2

Semasa 6 jam yang lalu

Anggota Kabinet Tekad Beri Khidmat Terbaik

3

Politik 6 jam yang lalu

#PRU15: BN Setuju Beri Laluan Kepada PH Di Parlimen Padang Serai

4

Politik 15 jam yang lalu

Anwar Ketuai Kementerian Kewangan, Mahu Pulihkan Keyakinan Peniaga, Pelabur Asing

Sorotan

1

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

2

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

3

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Anggota Kabinet Tekad Beri Khidmat Terbaik

Semasa 1 hari yang lalu

Senarai Kabinet Hampir Muktamad, PM Menghadap Agong Pagi Ini

oleh Susan Albert

Politik 15 jam yang lalu

Anwar Ketuai Kementerian Kewangan, Mahu Pulihkan Keyakinan Peniaga, Pelabur Asing

oleh Azril Annuar

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

oleh Wartawan The Vibes