Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kempen #KJ4SB Menjadi, Khairy Diramal Menang Besar Di Sungai Buloh

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 7:05AM

Khairy Jamaluddin berkempen di Kampung Melayu Sungai Buloh - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memasuki minggu kedua kempen, calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kini berada di pecutan terakhir untuk meyakinkan pengundi menerusi manifesto masing-masing.

Tidak terkecuali calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin yang mengakui berdepan laluan berliku untuk meyakinkan pengundi di kawasan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal.

Bagaimanapun, peluang penyandang Parlimen Rembau itu di Sungai Buloh mula menampakkan sinarnya pada hari keempat kempen apabila beliau secara terbuka menyuarakan hasrat memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.

Kenyataan disifatkan ‘berani mati’ itu disambut tepukan dan sorakan penduduk yang hadir ke ceramah beliau di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh pada 9 November lalu.

Menurut penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan, kaedah kempen Khairy amat unik dan dilihat berjaya ‘menjinakkan’ penyokong PKR yang masih dalam dilema, sama ada mereka harus mengundi calon BN itu atau sebaliknya.

Dr Azmi Hassan - Gambar Fail Bernama
Dr Azmi Hassan - Gambar Fail Bernama

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen, Khairy dilihat mempunyai prinsip dan pendirian sendiri serta kadang kala menongkah arus kehendak UMNO dan BN.

“Saya lihat cara berkempen Khairy tak ubah seperti calon parti demokrat pada pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Beliau berdiri di atas kaki sendiri, tidak mengaitkan sangat dirinya dengan parti dan juga presidennya.

“Khairy menjual dirinya sebagai seseorang yang mempunyai pendirian, boleh membawa kebaikan bukan sahaja kepada Sungai Buloh tetapi juga secara keseluruhan di peringkat nasional. Nampaknya kempen beliau agak efektif,” katanya kepada Getaran.

Malah melihat kepada keberkesanan kempen beliau yang menggunakan tanda pagar #KJ4SB, Azmi tidak menolak Khairy boleh melakar kejutan di kubu kuat PH itu pada pilihan raya kali ini.

Katanya, seteru calon PH Sungai Buloh, Datuk R Ramanan itu bukan lawan biasa-biasa tetapi semakin meraih populariti dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

R Ramanan - Gambar Fail
R Ramanan - Gambar Fail

“Tidak ramai calon BN/UMNO seperti Khairy. Jadi saya tak terkejut kalau berlaku kejutan di Sungai Buloh. 

Walaupun pada 2018, calon PH, R Sivarasa mendapat majoriti 26,634 undi tapi lawannya dikatakan biasa-biasa saja.

“Tapi lawan di Sungai Buloh sekarang adalah Khairy dan calon diletakkan PH itu dikatakan ‘tenggelam’ kerana stail kempen Khairy itu sendiri. Jadi saya nampak kempen beliau agak berjaya,” katanya.

Jelas Azmi, selain Khairy, kehadiran dua calon BN yang diketengahkan di Selangor, Isham Jalil (Shah Alam) dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kuala Selangor) sedikit sebanyak membentuk pemikiran pengundi di Sungai Buloh.

“Ini kerana saya menjangka pengundi mahukan kerajaan yang stabil kerana tiga rangkaian calon yang bukan biasa dikemukakan UMNO. Ia dipercayai boleh memberi kemenangan kepada Khairy sendiri,” katanya.

Isham Jalil - Gambar Fail
Isham Jalil - Gambar Fail

Diminta mengulas mengenai hasrat Khairy untuk menjadi Perdana Menteri, Azmi berkata, beliau perlu memenangi kerusi Sungai Buloh terlebih dahulu.

Katanya, sekiranya menang, Khairy perlu mencabar jawatan Presiden pada pemilihan UMNO yang akan datang, tetapi hasratnya itu (menjadi Perdana Menteri) tidak semestinya terus menjadi kenyataan selepas PRU-15.

“Tanpa menjawat jawatan Presiden UMNO, mustahil untuk beliau menjadi Perdana Menteri, sama juga Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau perlu bertanding untuk merebut jawatan presiden. Itu satu saja cara mengekalkannya (jawatan).

“Sama juga dengan Khairy, beliau perlu bermula dari Sungai Buloh, kemudian bertanding pemilihan UMNO, dan barulah cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu boleh tercapai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib berpendapat, Khairy mempunyai peluang besar untuk menang di Parlimen Sungai Buloh.

Dr Kartini Aboo Talib - Gambar Fail
Dr Kartini Aboo Talib - Gambar Fail

Beliau berkata, Khairy dikenali di seluruh negara atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan yang berjaya (dipuji Pertubuhan Kesihatan Dunia) kerana pengurusan vaksin semasa pandemik COVID-19.

Malah katanya, segala kritikan tentang beliau semasa memegang portfolio Menteri Kesihatan berjaya ditangkis dengan bijak dan bukti sahih, sekali gus menjadikan dirinya dihormati ramai pihak.

“Pecahan demografi di Sungai Buloh terdiri daripada 55 peratus pengundi Melayu, Cina (20 peratus), India (19 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

“Jika peratusan ini, katakanlah 35 peratus Melayu memilih Khairy, ditambah pula undi lima peratus (Cina), India 10 peratus dan lain-lain tiga peratus, jumlah keseluruhan 53 peratus, maka beliau ada peluang untuk menang.

“Sungai Buloh ada tujuh penjuru, kita andaikan Khairy hanya dapat 35 peratus undi, beliau masih ada peluang untuk menang,” katanya.

Pada masa sama, Kartini menyifatkan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri diluahkan Khairy secara terbuka di pentas kempennya sebagai pertimbangan yang rasional.

Khairy harus diberi peluang untuk memimpin negara satu hari nanti kerana beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin berkarisma dan berwibawa dalam melaksanakan tugas - Gambar Fail
Khairy harus diberi peluang untuk memimpin negara satu hari nanti kerana beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin berkarisma dan berwibawa dalam melaksanakan tugas - Gambar Fail

“Bagi saya, kalau beliau maklumkan cita-cita dan aspirasi mahu memimpin negara, saya rasa itu rasional. Semua maklum dan hargai cita-cita beliau.

“Semua calon bertanding dalam pilihan raya nak jadi Perdana Menteri (matlamat akhir). Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus gigih bertanding sebab nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Ujarnya lagi, Khairy harus diberi peluang untuk memimpin negara satu hari nanti kerana beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin berkarisma dan berwibawa dalam melaksanakan tugas.

“Khairy bukan sahaja tegas, (tetapi beliau juga) graduan Oxford, petah dan lambang calon berwibawa. Sikap sebegitu yang dimahukan rakyat.

“Saya rasa secara organiknya, perubahan dalaman boleh diusahakan (dalam kepimpinan UMNO). Beri peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui negara,” katanya.

Dalam tinjauan oleh Ilham Centre membabitkan 1,622 responden pelbagai kaum baru-baru ini, Khairy berada di tempat kelima daripada sembilan calon pilihan untuk jawatan Perdana Menteri.

Sementara itu, dalam tinjauan Persatuan Penyelidik Negara dan 02 Malaysia, Khairy menjadi calon pilihan ketiga, di belakang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula tiada dalam senarai calon pilihan responden.

Dalam kalangan pengundi muda, Khairy menjadi pilihan kedua (24 peratus) selepas Nurul Izzah Anwar dari PKR yang meraih 27 peratus undi.

Nurul Izzah - Gambar Fail
Nurul Izzah - Gambar Fail

Berdasarkan tinjauan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC pula, Khairy menduduki tangga kedua selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan 14 pemimpin paling disukai untuk jawatan tersebut.

Justeru, Khairy sememangnya calon yang perlu diberi perhatian pada 19 November ini. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

3

Semasa 9 bulan yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

4

Politik 9 bulan yang lalu

‘Saya Sudah Beri Pandangan, Muhyiddin Minta Fikir Sekali Lagi’ - KJ

Sorotan

1

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

3

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

5

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

6

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

7

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 4 jam yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan