web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Anggota ATM Mula Mengundi 7 November, Jadi Tiada Isu Pun’ – Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 12:17PM

Wan Junaidi berkata proses membuang undi bagi anggota tentera yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah pun bermula pada 7 November lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isu berhubung dakwaan bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak timbul kerana proses pengundian pos untuk kumpulan itu bermula pada 7 November lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia sepertimana dimaklumkan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Katanya, semua kertas undi pos mula dikeluarkan pada Isnin lalu, iaitu 7 November.

“Malah, ejen calon telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos.

“Justeru, tidak timbul sebarang isu kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

 Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Wan Junaidi berkata, terpulang kepada individu yang berdaftar dan menerima kertas undi pos.

“Apa yang penting, kertas undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus berkaitan sebelum jam 5 petang pada hari pengundian 19 November ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa anggota tentera yang terbabit dengan pengundian di Bera, Pahang mengundi awal dan dibayar RM300.

Calon Parlimen Tambun itu menegaskan beliau akan mengemukakan bukti terbabit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dakwaan itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga calon di Parlimen Bera dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan merendahkan martabat anggota pasukan keselamatan, selain sengaja mahu menimbulkan persepsi negatif kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar Anwar segera menyerahkan bukti terbabit kepada SPRM.

Tegasnya, penyerahan itu membolehkan SPRM memulakan siasatan berhubung tuduhan berkenaan. - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad