web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azmin Tak Peduli Dituduh Penggerak Langkah Sheraton

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 8:04PM

Mohamed Azmin Ali ketika mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penduduk di Dewan Rumah Panjang Sungai Kertas hari ini - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menghiraukan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduhnya sebagai punca utama gerakan Langkah Sheraton.

Menurut calon Ahli Parlimen Gombak itu, beliau tidak mahu masuk campur dalam perbalahan antara Dr Mahathir dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Biarlah Dr. Mahathir berbahas dengan Anwar.  Saya tak nak campur perbahasan mereka berdua,” katanya kepada Getaran selepas selesai mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penduduk di Dewan Rumah Panjang Sungai Kertas hari ini. 

Terdahulu dalam ucapannya, Azmin menegaskan, kepentingan dan pembangunan rakyat tidak seharusnya diganggu oleh ideologi politik.

Azmin menegaskan, kepentingan dan pembangunan rakyat tidak seharusnya diganggu oleh ideologi politik
Azmin menegaskan, kepentingan dan pembangunan rakyat tidak seharusnya diganggu oleh ideologi politik

“Tanggungjawab saya sebagai wakil di Gombak. Saya akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk kepentingan rakyat. Ideologi politik tidak seharusnya menganggu kepentingan rakyat ini,” katanya.

Beliau turut memberi ingatan agar tidak memandang enteng kematangan generasi muda dalam berpolitik, termasuk pengundi berusia 18 tahun.

“Jangan kita perkecilkan kematangan anak-anak muda yang bersedia untuk menentukan masa depan negara.

“Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil, tiada rasuah,” tegasnya.

Dalam ucapan sama, Azmin turut meluahkan keyakinan yang kejayaan pada PRU-15 akan memihak kepada PN, berdasarkan trend semasa.

“Menjelang hari pengundian saya memohon bantuan daripada golongan muda supaya dapat menyemarakkan semangat dan memberi dukungan kepada PN menjelang PRU-15,” ujarnya.

Pertandingan merebut kerusi Gombak adalah antara yang hangat pada PRU-15, apabila ia turut menampilkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selaku calon PH

Selain itu, turut bertanding ialah Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din, Jamaludin Mohd Tahir (PEJUANG) dan seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad. - Getaran 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

4

Politik 2 tahun yang lalu

Budaya Sebarkan Pembodohan Ancaman Terbesar Untuk Negara - Rafizi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad