web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Dahului Senarai PM Pilihan, Anwar Ibrahim Duduki Tangga Kedua

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 5:20PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Satu kajian menunjukkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai Perdana Menteri pilihan.

Kajian oleh Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC itu menunjukkan, Ismail Sabri mendahului undian dengan pungutan 22 peratus, diikuti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 peratus.

Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin
Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin

Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berada di kedudukan ketiga dengan 16 peratus, diikuti Khairy Jamaluddin yang menerima enam peratus sokongan.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Sementara itu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima lima peratus sokongan daripada responden.

Kajian berkenaan yang disertai 1,068 pengundi berdaftar dari semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dijalankan antara 8 dan 20 Oktober.

Selain memilih Perdana Menteri disukai, 27 peratus responden meramalkan Ismail Sabri akan kekal sebagai Perdana Menteri, manakala 26 peratus lagi yakin Anwar bakal menyandang jawatan tersebut.

Muhyiddin sekali lagi berada di kedudukan ketiga apabila 21 peratus responden percaya beliau akan kembali ke Putrajaya, manakala 10 peratus lagi meramalkan jawatan berkenaan bakal disandang oleh Khairy.

Sementara itu, hanya tujuh peratus responden percaya Timbalan Presiden UMNO dan calon Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan akan naik sebagai Perdana Menteri.

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Lebih menarik, Ismail Sabri yang bertanding di Bera, Pahang meraih 57 peratus pengiktirafan oleh responden, walaupun turut tidak disukai kerana kegagalan kerajaan BN menangani kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, 51 peratus responden menerima baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) antara Mei 2018 dan Februari 2020.

Dari aspek kepemimpinan parti, kajian mendapati Ismail Sabri dan Khairy masing-masing menduduki tangga pertama serta kedua, dengan 31 peratus dan 21 peratus responden merasakan kedua-dua tokoh berkenaan adalah individu terbaik untuk menerajui UMNO.

 Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein

Kajian itu juga menunjukkan, Hishammuddin berada di tangga ketiga dengan 13 peratus sokongan, manakala Mohamad dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing meraih 10 dan 4 peratus sokongan.

Untuk PKR, Anwar adalah calon pilihan dengan 43 peratus sokongan, diikuti anak perempuannya, Nurul Izzah yang meraih 15 peratus.

Penasihat PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima sembilan peratus sokongan manakala Timbalan Presiden parti, Rafizi Ramli meraih lapan peratus undi responden. - The Vibes, 13 November 2022








 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar