web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuduhan Tentera Terima Rasuah Berniat Jahat, Bukti PH Kian Terdesak - Peja

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 1:31PM

Ahmad Faizal (kanan) ketika hadir pada Majlis Munajat dan Doa Selamat Perikatan Nasional Parlimen Tambun, baru-baru ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan perbuatan rasuah oleh 146,737 anggota tentera serta keluarga mereka yang dilemparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai amat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kenyataan tersebut adalah satu penghinaan untuk pasukan keselamatan yang menggadai nyawa demi negara.

Menurut beliau, itu adalah antara kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab dan berniat jahat pernah dikeluarkan oleh mana-mana ahli politik sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

''Anwar Ibrahim membuat tuduhan rasuah yang menghina kesemua 146,737 anggota tentera dan keluarga mereka.

“Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan menuduh anggota tentera menerima RM300 untuk mengundi pihak tertentu semasa undian awal bagi tentera,” katanya hari ini.

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu

Ahmad Faizal yang bakal bertembung Anwar bagi merebut kerusi Parlimen Tambun pada PRU-15 berkata, Presiden PKR itu tidak menunjukkan apa-apa bukti untuk menyokong tuduhan tersebut, justeru jelas ia dibuat secara melulu tanpa asas dan bukti. 

“Terdapat 146,737 pengundi tentera dan pasangan mereka yang layak mengundi dalam PRU-15. Anwar telah menghina dan mengelar mereka penerima rasuah. Menerima rasuah adalah suatu jenayah; adakah Anwar berpendapat bahawa anggota tentera kita adalah kesemuanya penjenayah? 

“Anggota tentera menggadai nyawa mereka setiap hari untuk melindungi bumi Malaysia. Barisan wira ini sepatutnya dipuji, dan bukan dihina sebagai pemakan rasuah tanpa apa-apa bukti atau keterangan,” tegasnya.

Penyandang kerusi Tambun itu mendakwa, adalah jelas bahawa Anwar Ibrahim semakin terdesak kerana terbukti PH kurang mendapat sokongan daripada rakyat semasa tempoh berkempen.

“Apakah cerita dongeng mengenai rasuah pilihan raya ini akan dijadikan alasan bagi menuduh bahawa pilihan raya tidak adil, jika PH kalah dengan besar pada 19 November? 

“Adakah Anwar Ibrahim bersedia menarik semula penghinaan terhadap anggota tentera negara serta keluarga mereka dan meminta maaf secara terbuka “ katanya. - Getaran, 13 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad