web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tun M Setuju Tindakan Isytihar Harta, Tapi Bukan Musim Pilihan Raya Semata

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:56PM

Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan tindakan pengisytiharan harta oleh ahli politik, namun ia perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan dalam musim pilihan raya semata-mata.

Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

“Saya bersetuju (dengan pengisytiharan harta oleh ahli politik) tetapi bukan dekat dengan pilihan raya. Kita kalau hendak buat waktu mana kita tidak kira. Itu kita bercakap dalam dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun berkempen bersama calon Pejuang bagi Parlimen Kuala Kedah Ulya Aqamah Husamuddin di Taman Bersatu, Jalan Batas Paip dekat sini hari ini.

Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berbuat demikian.

Mengulas mengenai kenyataan calon BN Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang bercita-cita menjadi calon perdana menteri, Dr Mahathir berkata sesiapa sahaja boleh menjadi calon kalau mereka memenangi kerusi yang ditandingi.

“Banyak orang yang layak (jadi calon perdana menteri), tapi sama ada dia menang atau tidak belum tentu. Bila dah menang esok (nanti) cakap lah,” kata penyandang Parlimen Langkawi itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar