web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isytihar Harta, Tahniah PN, Cepat Tiru Budaya UMNO – Chean Chung

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 9:43PM

Lee Chean Chung berkata, gaya PN dilihat amat mirip dengan Barisan Nasional (BN) selepas kedua-duanya membentuk kerajaan bersama - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meremehkan langkah calon Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan harta masing-masing amat dikesali. 

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, gaya PN dilihat amat mirip dengan Barisan Nasional (BN) selepas kedua-duanya membentuk kerajaan bersama.

Menurut beliau, pengisytiharan harta kepada orang awam memudahkan pengundi mengetahui kedudukan kewangan calon secara telus dan terbuka.

“Dengan cara ini, tidak ada lagi kecurigaan terhadap ahli politik yang cuba ‘membuncitkan’ perut dan poket mereka.

“Sejak berlakunya Langkah Sheraton dan perbuatan melompat parti secara beramai-ramai, rakyat sudah mengalami defisit kepercayaan terhadap orang politik. PKR mengambil inisiatif tersebut supaya dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap proses politik,” katanya hari ini. 

Chean Chung berkata, pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah kaedah terbaik kerana rakyat juga mempunyai kesangsian terhadap SPRM ketika ini.

“Cara terbaik adalah pengisytiharaan secara terbuka, dan bukan cara tertutup. Sudah dijangka bahawa selepas Mohamed Azmin bekerjasama dengan UMNO/PAS, nada mereka menjadi lebih kurang sama. 

“Saya perlu ucapkan ‘tahniah’ kepada Mohamed Azmin kerana beliau antara politikus yang selalu cepat menyesuaikan diri dengan parti yang dia lawan dahulu,” katanya. 

Sebelum ini Mohamed Azmin dilaporkan sebagai berkata, pengisytiharan harta yang dilakukan oleh calon lawan disifatkan sebagai sandiwara semata-mata.

Katanya, semua anggota Kabinet yang sememangnya diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

4

Budaya 4 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad