Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


‘Tiada Masalah, Boleh Saja Buat Dua-Dua’ - Khairy Bidas Ramanan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 11:40AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menemplak kenyataan seterunya, Datuk R Ramanan apabila menggesa pengundi di kawasan itu memilih pemimpin yang menjaga kawasan, bukannya sibuk berpolitik mahu menjadi Perdana Menteri.

Menurut Khairy, beliau tiada masalah untuk menggalas dua tanggungjawab pada masa sama, iaitu menjadi wakil rakyat dan pemimpin di peringkat pusat.

Malah katanya, untuk menjadi pemimpin di peringkat nasional, seseorang itu mestilah rajin menjaga kawasan Parlimen masing-masing.

“Saya rasa jaga kawasan dan mempunyai cita-cita di peringkat kebangsaan tiada menjadi masalah. Boleh saja kita buat dua-dua.

“Ini sistem Parlimen kita. Kita jaga kawasan kita dan kita juga boleh menjadi seorang pemimpin di peringkat pusat,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pengoperasian Hospital Cyberjaya di sini, hari ini.

Khairy turut mengakui selama menjadi Menteri Kesihatan, beliau tidak pernah mengabaikan Parlimen Rembau, kawasan disandangnya selama tiga penggal.

“Selama ini saya menteri, saya boleh jaga kawasan saya dengan baik. Jadi di Sungai Buloh pun saya boleh buat benda sama.

“Sekiranya dilantik di peringkat Kabinet sekali pun tidak ada masalah untuk saya menjaga kawasan.

“Mungkin lebih daripada itu dengan pengaruh seorang menteri lagi, banyak penyelesaian saya boleh bawa ke Sungai Buloh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sesiapa sahaja berhak bercita-cita besar sebagaimana hasratnya untuk menerajui negara pada masa hadapan.

“Tak salah untuk siapa-siapa mempunyai cita-cita. Kita boleh mempunyai cita-cita kita sendiri,” katanya.

Jelas Khairy, hasratnya itu adalah sekadar memberi bayangan bahawa beliau ingin berkhidmat untuk negara dan rakyat.

“Jika diberi peluang dan saya juga ingin diberikan peluang pada kemudian hari untuk mengemudi kerajaan kita.

“Sebab kita nak tunjuk bahawa UMNO dan BN tidak ketandusan pemimpin yang boleh menerajui kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Khairy menyuarakan hasrat memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.

Hasrat pertama kali beliau itu disuarakannya secara terbuka pada pentas ceramah di Taman Saujana Utama di Sungai Buloh baru-baru ini, bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen berkenaan untuk memilihnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan jawatan itu bukan menjadi hasratnya ketika ini kerana persetujuan sudah dicapai bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan sebagai kekandanya, menjadi Perdana Menteri jika BN memenangi PRU-15.

Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan sengit tujuh penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan dua calon bebas.

PH ditandingi Ramanan, manakala Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (PEJUANG), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang R Sivarasa daripada PH dengan majoriti 26,634 undi. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

3

Politik 9 bulan yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

4

Politik 10 bulan yang lalu

KJ Fail Saman Fitnah RM1 Juta Terhadap Jamal Yunos

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Semasa 3 jam yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Semasa 22 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 1 hari yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM