Berita Terkini

11 jam yang lalu: Harga minyak masak 5kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan 11 jam yang lalu: MCMC diminta kenal pasti kawasan ada gangguan komunikasi di Padang Serai 11 jam yang lalu: Organisasi, pengamal media perlu berkembang seiring teknologi, trend 11 jam yang lalu: Bajet Melaka 2023 dibentangkan pada sidang DUN 12 Disember ini 11 jam yang lalu: Lafaz ikrar Rukun Negara di majlis tingkat semangat patriotisme, perpaduan

IKUTI KAMI


Poster Tok Mat ‘Penuhi’ Rembau, Itu Bukti BN Mahu Pengundi Pilih Calon

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 8:48PM

Poster Mohamad Hasan terbentang besar di Parlimen Rembau. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Rembau semakin dirasai pada hari kelima kempen, apabila mulai meriah dengan deretan bendera ‘warna-warni’ mewakili logo dan nama parti bertanding yang mula dipasang di sekitar daerah ini.

Bagaimanapun, tinjauan Getaran mendapati, apa yang menarik perhatian penulis adalah poster calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memenuhi kawasan berkenaan, sehingga ‘menyembunyikan’ bahan kempen parti lain.

Pemerhati politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berpandangan, situasi itu menunjukkan UMNO dan BN di Rembau mahukan pengundi memilih calon, bukannya parti.

Dr Junaidi Awang Besar
Dr Junaidi Awang Besar

“BN memang orang kenal, namun semua sedia maklum PRU-15 diadakan ketika musim banjir, di samping gabungan politik itu ada masalah dari segi kepimpinan, di mana sedikit sebanyak imej UMNO yang bergolak akan memberi kesan kepada calon BN sendiri.

“Penggunaan (bendera) ‘dacing’ macam biasa, namun di Rembau, itu strategi kawasan tersebut yang kemungkinan mereka nak ketengahkan calon, peringkat nasional ia adalah perkara lain,” katanya kepada Getaran.

Junaidi berkata, strategi itu dilihat memberi kelebihan kepada BN berikutan Mohamad adalah pemimpin berjiwa besar di hati rakyat, malah banyak melaksanakan pembangunan kepada ketika menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pensyarah Geografi Pilihan Raya UKM itu menegaskan, orang ramai di kawasan luar bandar, khususnya pengundi atas pagar sudah pasti tertarik disebabkan mereka lebih melihat kepada pengalaman dan sumbangan dilaksanakan calon di Parlimen Rembau, selain lebih memilih pemimpin calon tempatan.

“Rembau adalah kubu BN yang kebetulan ditandingi Naib Presiden UMNO dan mantan Menteri Besar. Ini juga kawasan mantan Menteri Kesihatan.

“Jadi, BN mempunyai profil hebat di sini dari sudut pembangunan kawasan Rembau yang sudah separa maju.

“BN sudah mempunyai pengundi akar umbi di Rembau, tidak seperti calon Bebas mahupun parti politik lain yang sedang berebut menarik hati pengundi atas pagar. Paling ditolak adalah calon yang menjadi bidan terjun atau calon luar, mereka ini akan ditolak awal-awal,” katanya.

Lantaran itu, Junaidi mengakui tanpa pengundi atas pagar, BN mampu mengekalkan kemenangan di Parlimen Rembau pada PRU-15.

“Kalau ditambah pengundi atas pagar, berkemungkinan besar BN mampu menang besar, cuma ia juga bergantung kepada pemilih berumur 18 sehingga 21 tahun, iaitu pengundi luar.

“Ini kerana kini, sukar melihat pola pengundi, iaitu gabungan mana disokong mereka (pemilih muda) berikutan golongan terbabit celik media sosial yang boleh mempengaruhi mereka,” katanya.

Pemerhati politik dari UKM, Dr Jamaie Hamil senada dengan perkara itu apabila yakin penduduk di Parlimen Rembau lebih memilih parti, berbanding calon.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Boleh dikatakan di Rembau, letaklah calon BN siapa sahaja gabungan berkenaan akan menang dan lebih memberi kelebihan apabila calon itu adalah Mohamad, namun kita sukar nak pastikan beliau mampu menang besar atau tidak.

“Rembau adalah kawasan majoriti masyarakat luar bandar yang memang taksub kepada Mohamad dan melihat beliau sebagai mantan Menteri Besar berkaliber, walaupun akhirnya tumbang pada PRU-14. Mereka harap kedudukan pemimpin itu boleh lebih tinggi di peringkat nasional,” katanya.

Mengulas berkenaan isu BN berbelanja melebihi peruntukan berkempen seperti ditetapkan perundangan, Jamaie berkata, situasi terbabit lumrah dan ‘tabiat’ gabungan itu, tetapi tidak pernah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun pelbagai laporan polis dilakukan.

Lantaran itu, terdapat keperluan buat SPR meneliti perbelanjaan maksimum untuk berkempen ketika pilihan raya, berikutan pelbagai kenaikan kos.

“Kos dah bertambah, upah pasang bendera memerlukan wang di mana semakin banyak bendera poster dipasang, semakin tinggi kos dikeluarkan yang belum termasuk lagi jurukempen dengan penyediaan makan minum dan sebagainya.

“Tiada kesalahan juga meletakkan gambar calon di kawasan beliau bertanding sebanyak mana pun, kecuali di tempat seperti rumah ibadat, kawasan berbahaya kepada pengguna jalan raya ataupun diletakkan poster beliau di Parlimen lain.

“Rembau ini kuat sentimen terhadap Mohamad dan beliau kembali ke Rantau dengan menjadi calon Ahli Parlimen sehingga membuatkan rakyat teruja,” katanya.

PRU-15 menyaksikan Mohamad bertanding bagi kerusi Parlimen buat pertama kali, selepas 25 tahun menceburi arena politik tanah air.

Mohamad menghadapi saingan sengit lima penjuru di Rembau, iaitu daripada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha yang mewakili Pakatan Harapan PH; Setiausaha Badan Perhubungan Perikatan Nasional negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus; Ramly Awalludin (Parti Pejuang Tanah Air) dan S Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).

Sebelum ini, Parlimen Rembau disandang Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selama tiga penggal bermula pada 2008, sebelum beliau memberi laluan kepada Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, bertanding di kawasan itu.

Sepanjang pembabitannya dalam politik, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mempunyai rekod prestasi cemerlang, termasuk semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama empat penggal sejak 2004.

Malah, beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan, termasuk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit dan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad. - 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

Anwar Pulang Ke Tambun Selepas Dilantik PM Ke-10

2

Politik 13 jam yang lalu

PM Wajar Pilih Anggota Kabinet Ikut Hierarki Parti - Annuar

3

Politik 20 jam yang lalu

Ceramah Sepentas PH-BN Di Tioman Cipta Sejarah, Tekan Perpaduan Demi Rakyat

4

Politik 22 jam yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

Sorotan

1

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

2

Usul Undi Percaya Keabsahan Anwar Dibentang 19 Disember Ini

3

Kerana Tabung Kecemasan Nad Zainal, Netizen Kecam Netizen Yang Toksik, Mulut Longkang! 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PH Tidak Letak Syarat Bentuk Kerajaan Negeri - Wan Rosdy

Sukan 15 jam yang lalu

Esteban Solari Dilantik Kendali JDT Musim Depan

Semasa 18 jam yang lalu

Majlis Peguam Sokong Cadangan Raja-Raja Melayu Asingkan Kuasa PM Lantik Hakim

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dijangka Umum Senarai Kabinet ‘Sesegera Mungkin’ - Sumber

oleh Wartawan Getaran