web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem LRT: Mana Menteri Pengangkutan, Sibuk Berkempen Ke - Sheikh Omar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 3:51PM

Sheikh Omar Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Ayer Hitam, Sheikh Omar Ali mempersoalkan sikap berdiam diri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu gangguan operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT).

Sheikh Omar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berkata, Ka Siong masih ada tanggungjawab dan masih dibayar gaji sebagai menteri.

“Isu LRT bukan perkara baru di negara ini. Walau Parlimen sudah dibubarkan, kita masih mempunyai ‘care taker government’ (kerajaan care taker) untuk mengendalikan urusan negara.

“Perkhidmatan LRT dari stesen Kelana Jaya ke Ampang Park terhenti operasi selama tujuh hari bermula hari ini.

“Namun tiada sepatah pun ulasan atau jawapan dari Ka Siong. Beliau masih ada tanggungjawab. Beliau masih dibayar gaji menteri.

“Adakah beliau masih sibuk berkempen pilihan raya meskipun ada insiden sebesar ini?” soalnya.

Menurut laporan penumpang Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA), laluan LRT Kelana Jaya adalah paling sibuk daripada empat perkhidmatan relnya, setakat ini.

Pada September, laluan LRT Kelana Jaya mencatatkan jumlah penumpang sebanyak 5,456,094, diikuti 4,508,174 menggunakan laluan MRT Kajang.

Hari ini, RapidRail mengadakan sidang akhbar berhubung gangguan perkhidmatan itu.

Pagi tadi, RapidRail mengumumkan bahawa perkhidmatan LRT untuk 16 stesen antara Kelana Jaya sehingga Ampang Park ditutup seminggu, mulai hari ini, berikutan gangguan sistem berulang dalam tempoh dua hari.

Ia susulan laporan gangguan perkhidmatan antara stesen KLCC serta Kelana Jaya petang semalam dan sehari sebelumnya.

Sheikh Omar menambah, insiden berkenaan memberi kesan kepada puluhan ribu warga kota setiap hari yang terpaksa keluar bekerja mencari rezeki.

Jelasnya, hal ini tidak terkecuali juga kepada nasib anak di kawasan Ayer Hitam yang berkerja di sini.

“Sikap seperti ini akan menjadi kayu ukur, adakah Wee Ka Siong masih patut diangkat di Ayer Hitam seterusnya diamanahkan sebagai menteri.

“Dengan prestasi sebegini, saya menyeru anak muda di ibu kota, khususnya yang berasal dari Ayer Hitam supaya memberikan mesej jelas menolak Wee Ka Siong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini,” katanya. - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Kerana Mahu Jadikan Axia E ‘Kereta Rahmah’ Soal Keselamatan Diketepikan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran