web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jika Mahu Serang Saya, Cari Idea Masuk Akal, Bukan Memfitnah’ – Isham

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 12:27PM

Hizatul Isham Abdul Jalil di acara Ceramah Umum dan Sesi Pengenalan Calon di Seksyen 24, Shah Alam. Turut memberi ceramah Tan Sri Noh Omar, Datuk Azhari Shaari, Datuk Salamon dan Tan Sri Ibrahim Abu Shah - Gambar Facebook Isham Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil, menyifatkan pendekatan berkempen digunakan parti lawan di kawasan itu ‘tidak masuk akal’ apabila mempertikaikan kemampuan kewangan beliau untuk memasuki Universiti Harvard, Amerika Syarikat (AS).

Beliau menganggap dakwaan dan taktik digunakan pihak terbabit seolah-olah menunjukkan mereka tidak mengutamakan isu penting rakyat untuk diperkatakan, walaupun banyak masalah setempat masih didepani penduduk di ibu negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) sejak 2008 itu.

Menurut beliau yang mesra disapa Isham Jalil, kemampuannya melanjutkan pengajian dalam Sarjana Dasar Awam (Politik, Ekonomi dan Undang-undang) di antara universiti terbaik dunia itu kerana menerima biasiswa.

“Kelmarin saya dimaklumkan dalam ceramah pihak lawan, mereka kata Isham Jalil ni belajar di Harvard, macam mana boleh pergi ke situ sebab universiti yang mahal.

“Jadi saya rasa apa cuba dicakap oleh pihak sebelah sana kononnya Harvard mahal, mungkin saya banyak makan duit haram, mungkin itu cuba dibayangkan.

“Memanglah saya pergi Harvard, masa sarjana muda pun saya pergi oversea (luar negara) sebab saya dapat biasiswa, tak akan itupun tak boleh nak fikir,” katanya menerusi rakaman video dikongsikan di Facebook.

Isham adalah pemimpin politik yang memiliki pencapaian pendidikan cukup hebat dan mengagumkan sejak bersekolah rendah, menengah dan universiti dengan status pelajar terbaik di setiap peringkat.

Isham Jalil ketika Sesi Kenal Calon di Seksyen 24 Shah Alam - Gambar Facebook Isham Jalil
Isham Jalil ketika Sesi Kenal Calon di Seksyen 24 Shah Alam - Gambar Facebook Isham Jalil

Beliau meraih keputusan kesemua A ketika peperiksaan utama di sekolah, iaitu 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 8A1 ketika Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan 9A semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pencapaian itu melayakkan beliau memperoleh biasiswa ke Sekolah Alam Shah dan England untuk melanjutkan pengajian pada tahun 1994.

Di England, Isham Jalil menjadi pelajar terbaik dan mendapat kelulusan Ijazah Kelas Pertama dalam bidang kejuruteraan dari antara universiti terkemuka di England, University of Bristol pada tahun 1999, malah satu-satunya pelajar yang menerima ijazah kelas pertama dalam jurusannya pada tahun tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) di The Wharton School, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan seterusnya, ke Harvard University.

Calon Pejuang bagi Parlimen P.108 - Shah Alam Muhammad Rafique Rashid (kanan) bertembung dengan calon Barisan Nasional Hizatul Isham Jalil (tiga, kanan) ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Seksyen 18 - Gambar Bernama
Calon Pejuang bagi Parlimen P.108 - Shah Alam Muhammad Rafique Rashid (kanan) bertembung dengan calon Barisan Nasional Hizatul Isham Jalil (tiga, kanan) ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Malam Seksyen 18 - Gambar Bernama

Mengulas lanjut mengenai tohmahan terhadap beliau itu, Isham berkata, sekiranya calon lawan mahu memburukkan atau ‘menyerangnya’, pihak terbabit perlu mencari perkara masuk akal, bukan memfitnah.

“Harvard betul saya masuk dan (sepatutnya) kalau ada anak Melayu yang berjaya ke universiti terbaik di dunia, janganlah dengki.

“Itu saya nak cakap kepada orang PH ini, saya datang daripada keluarga susah, ayah saya dulu bawa lori berniaga pasar malam, orang miskin, saya tahu untuk saya keluar daripada kepompong kemiskinan saya kena belajar rajin, sebab itu saya belajar rajin, sebab kalau saya main-main belajar, saya tak boleh keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Saya tak boleh dapat bisasiswa dan (untuk peroleh biasiswa) saya kena belajar rajin, sampai saya dapat biasiswa dan ke Harvard, jadi janganah fitnah saya kata macam-macam,” ujarnya.

Isham Jalil ketika membuat walkabout di UTC Selangor - Gambar Facebook Isham Jalil
Isham Jalil ketika membuat walkabout di UTC Selangor - Gambar Facebook Isham Jalil

Bagaimanapun, Isham menegaskan, beliau enggan menggunakan pendekatan sama, iaitu memfitnah atau menyerang peribadi calon dan parti lawan meskipun boleh berbuat demikian dengan maklumat diketahuinya.

“Saya dulu kerja kerajaan (20 tahun), saya tahu cerita awak semua, saya tak nak attack (serang) peribadi, tapi kalau awak nak attack peribadi, saya jawab sebab saya nak bawa kempen politik positif, itu sebab Malaysia ini terlampau toksik politik,” tegasnya.

Pada PRU-15, Isham berdepan persaingan dengan tiga calon parti lawan bagi merebut kerusi Parlimen Shah Alam, iaitu Azli Yusof daripada PH, Muhammad Rafique Rashid Ali (Parti Pejuang Tanah Air) dan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional).

Isham Jalil ketika walkabout di Restoran Rafi Bistro Seksyen 13 - Gambar Facebook Isham Jalil
Isham Jalil ketika walkabout di Restoran Rafi Bistro Seksyen 13 - Gambar Facebook Isham Jalil

Ketika PRU-14, kerusi Shah Alam dimenangi Khalid Samad daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding atas tiket PH.

Menurut Isham, sepanjang mendekati pengundi semasa kempennya yang berkonsepkan ‘politik positif’, beliau mahu memfokuskan perancangan untuk memperjuangan masalah setempat dan pembangunan, selain isu sosioekonomi serta sosiopolitik di Shah Alam.

Ia termasuk isu pengangguran, kos perumahan semakin mahal, meningkatkan keseimbangan pendapatan, menolak golongan ‘penipu manifesto’ dan  membawa mesej penyatuan dalam kalangan masyarakat. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

4

Luar Negara 5 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar