web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Keluarga, Kroni Diharamkan Terima Projek Kerajaan Jika Saya PM’ - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 8:14PM

Anwar ketika berucap pada Program Santai di Perkampungan Nelayan Lereh di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGGA BATU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharamkan kerabat keluarga dan kroninya menyentuh projek kerajaan, sekiranya gabungan itu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Calon kerusi Parlimen Tambun itu berkata, ia akan dilaksanakan secara serius seperti ketika beliau menjadi Menteri Kewangan yang menyaksikan rekod bersih daripada segala projek kroni dan tidak terpalit dengan rasuah serta tindakan tidak berintegriti.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Menurutnya, pendapatan Perdana Menteri dan barisan Kabinet akan diturunkan agar kewangan tersebut mampu disalurkan untuk sosioekonomi rakyat, khususnya kebajikan terhadap golongan miskin.

“Katakanlah, 20 November ini (saya) angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya tidak akan seronok pakai samping ke apa, tetapi saya nak yang pertama rakyat tengok ini betul pemimpin kita. Gaji Perdana Menteri tolak, jumlah menteri kurang dan pendapatan tambahan mereka juga diturunkan.

“Anak bini menantu saya jangan sentuh projek kerajaan, itu diharamkan. Macam mana saya jadi Menteri Kewangan dulu, mana ada dapat, tanah, saham, balak satu pun tidak ada. Sebab itu saya berani cakap,” katanya ketika berucap di Program Santai di Perkampungan Nelayan Lereh di sini, hari ini.

Anwar berkata pendapatan Perdana Menteri dan barisan Kabinet akan diturunkan agar kewangan tersebut mampu disalurkan untuk sosioekonomi rakyat, khususnya kebajikan terhadap golongan miskin.
Anwar berkata pendapatan Perdana Menteri dan barisan Kabinet akan diturunkan agar kewangan tersebut mampu disalurkan untuk sosioekonomi rakyat, khususnya kebajikan terhadap golongan miskin.

Mengulas perkara berbeza, Presiden PKR itu menyangkal dakwaan bahawa gabungan terbabit mempunyai perancangan bagi menghalalkan perkahwinan sejenis, sementara parti komponennya, DAP membawa agenda komunis.

Beliau berkata, dakwaan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria hanya tuduhan palsu dan fitnah, demi mewujudkan persepsi negatif terhadap PH menjelang PRU-15.

''Macam yang bangang Razman Perak kata, kalau naik Anwar, DAP perintah dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) (berlaku), ini ketua PAS Perak, kopiah putih tak pernah tinggal, bercakap busuk dengan fitnah, bila orang berkata, dia cakap itu pendapat saya.

“Boleh ke (pemimpin) akhlak Islam (melakukan) begitu,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial berdurasi 1 minit 24 saat memaparkan Razman dalam ucapan ketika berkempen memaklumkan, sekiranya orang Melayu menyokong PH, seolah-olah mereka menjadi tangan menyerahkan negeri kepada DAP yang diketuai Anwar dan Lim Kit Siang.

Menerusi video terbabit, Razman yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semanggol menegaskan, Anwar mahu membawa agenda LGBT di Malaysia, iaitu membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki, manakala wanita bersama kaum sejenis. - Getaran, 7 November 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad