web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Penganalisis Ramal Keadaan ‘Anti-Fatigue’, Pengundi Tak Sabar Tunaikan Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 7:00AM

Peratusan keluar mengundi dijangka menunjukkan peningkatan ketara. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diyakini tidak akan dicemari isu kelelahan pengundi (voter’s fatigue).

Sebaliknya menurut penganalisis, senario anti-fatigue diramal mendominasi suasana, apabila peratusan keluar mengundi dijangka menunjukkan peningkatan ketara.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berkata, pengundi akan turun menjalankan tanggungjawab masing-masing pada PRU-15 kerana ia adalah peluang untuk mereka menentukan hala tuju politik negara.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

“Apa yang berlaku selepas PRU-14 sehingga Parlimen dibubarkan adalah percakaran politik, pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan disebabkan oleh kerenah ahli Parlimen.

“Pengundi tiada kuasa, hanya memandang dari tepi, jadi apabila datang tarikh 19 November ini, ia adalah peluang untuk mereka menyatakan pendapat masing-masing menerusi pemilihan calon, bentuk kerajaan dan siapa Perdana Menteri dikehendaki,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya sama ada pengundi Malaysia kali ini berasa tidak berminat terhadap pilihan raya, terutama selepas beberapa tahun kebelakangan ini yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

PH yang mendapat mandat pada PRU-14 ditumbangkan menerusi gerakan Langkah Sheraton dan selepas itu, berlaku pula pertukaran beberapa Perdana Menteri susulan pergolakan politik semasa.

Azmi menambah, pengundi kali ini tidak mahu lagi hala tuju politik tempatan ditentukan 100 peratus oleh Ahli Parlimen sahaja justeru, mereka akan memastikan turun menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sementara itu, Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, pengundi tidak perlu bimbang dengan perbuatan melompat parti kerana Akta Anti Lompat Parti boleh menjadi ‘perisai’ kepada sebarang pengkhianatan Ahli Parlimen.

Fakhrurrazi Rashid
Fakhrurrazi Rashid

Berdasarkan pengamatan, beliau berkata, terdapat tanda-tanda positif daripada pengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka meskipun baru memasuki minggu pertama berkempen bagi PRU-15.

“Sudah jadi kebiasaan kempen apabila minggu pertama agak perlahan. Grafnya akan meningkat memasuki minggu kedua berkempen.

“Cuma, ia bergantung kepada pendekatan parti politik menyantuni pengundi. Setakat ini, PH sudah bentang tawaran berbanding Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang agak lembab dalam menyatakan pendirian mereka jika menjadi kerajaan,” katanya.

Fakhrurrazi berkata, pengundi pastinya akan lebih teruja sekiranya debat antara ketua-ketua parti diadakan.

“Debat ini adalah ruang untuk rakyat menilai sendiri kelebihan dan kekurangan dasar dibawa, bukan sekadar menabur janji manis ketika berkempen,” katanya. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad