web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Dilanda Musibah Banjir, Hamzah Kesal Saranan Tangguh PRU Ditolak

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 9:40PM

Hamzah bertemu penduduk dalam salah satu program yang dihadirinya hari ini. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang kerusi Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melahirkan rasa kesal apabila melihat pengundi terpaksa berdepan musibah banjir, selepas saranan menangguhkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ditolak kerajaan.

Menurut beliau, kekuatan 120,000 anggota polis untuk membantu mangsa banjir tidak memadai, kerana 80,000 daripada mereka sudah ditugaskan mengawasi perjalanan PRU-15.

“Saya sedih kerana kita hanya ada 120,000 anggota polis. Nak guna untuk PRU saja hampir 80,000 jadi hanya tinggal 40,000 untuk jaga keselamatan seluruh negara.

“Kalau banjir mungkin 20,000 untuk kita turunkan bantu rakyat di bawah sana jadi inilah sebabnya saya minta jangan kita lakukan PRU pada musim tengkujuh,” katanya.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri mendakwa, saranan tersebut bagaimanapun tidak diendahkan pihak berkaitan, malah mereka bertindak drastik apabila menggugurkan individu yang vokal dalam perkara itu.

“Kawan-kawan saya yang berada dalam Kabinet yang datangnya daripada BN (Barisan Nasional) ramai digugurkan semata-mata kerana bercakap benar bercakap demi kepentingan rakyat.

“Hanya mereka yang berjuang demi kepentingan Presiden mereka saja dikekalkan,” dakwanya.

BN dalam pengumuman senarai calon minggu lalu membuat kejutan apabila menggugurkan beberapa nama besar, termasuk penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Turut digugurkan ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kedua-duanya ialah penyandang kerusi Parlimen Arau dan Parlimen Tanjong Karang.

Selain itu, BN turut menggugurkan penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamzah berkata, beliau akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mempertimbang untuk melanjutkan tempoh berkempen memandangkan beberapa kawasan kini dilanda banjir.

“Kita hendak kempen dibenarkan untuk satu-satu masa saja, tapi kalau ia berlaku begini mungkin susah kerana (jam) 2,3 pagi pun kita perlu turun bantu mangsa banjir dan ini akan kita bincang bersama SPR, perkara yang tak terfikir atau terpandang dengan lebih awal,” katanya.

Seramai 274 mangsa banjir di sembilan kampung sekitar Taiping dan Batu Kurau, Perak terpaksa dipindahkan susulan banjir kilat sejak malam Jumaat.

Kesemua mereka ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol, Masjid Batu 8 Bendang Siam dan Surau Kampung Perak. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini