web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Rodziah Seru Pengundi Tolak Pengkhianat, Ampang Bukan Untuk Mereka

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 12:43PM

Rodziah Ismail berkata, pengkhianatan dilakukan tidak boleh diterima, walaupun individu terbabit pernah menyandang portfolio menteri - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG – Pengundi Parlimen Ampang digesa menolak kehadiran ‘pengkhianat’ kerana kawasan itu bukan untuk golongan berkenaan.

Calon Pakatan Harapan (PH), Rodziah Ismail berkata, pengkhianatan dilakukan tidak boleh diterima, walaupun individu terbabit pernah menyandang portfolio menteri.

“Alhamdulilah saya rasa inilah masanya penduduk dan pengundi di Ampang mengambil tanggungjawab untuk mengatakan bahawa kita menolak mereka yang mengkhianat amanah diberi.

“Tidak kiralah dia penyandang tiga penggal, pernah jadi menteri atau Menteri Besar, saya berpendapat pengkhianat bukan di sini tempatnya,” katanya, dipercayai merujuk kepada penyandang kerusi Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Rodziah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga itu mengakui menggalas tugas berat di Ampang, tetapi beliau berikrar memberikan yang terbaik dalam memastikan kemenangan PH.

“Amanah ini begitu berat tetapi saya dengan rendah hati memohon doa semua agar proses berkempen nanti berjalan lancar, dan kita dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat.

“Saya selaku wakil PH membawa bersama tujuh manifesto, antaranya menangani kenaikan kos sara hidup penduduk, ekonomi, pekerjaan, perumahan dan pendidikan. Kita mahu kembalikan pesona di Ampang,” katanya.

Proses penamaan calon di Parlimen Ampang semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun ia dihadiri lebih 600 penyokong dari kesemua parti yang bertanding.

Sementara itu, Ketua Jentera Mengundi Ukay Perdana, Che Zainol Ahmad berkata, tindakan Zuraida yang melompat parti menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk dirinya.

“Saya dulu pun penyokong Zuraida tapi disebabkan dia khianat dan mementingkan diri, semua pihak marah termasuk saya sendiri,” katanya ketika ditemui.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PBM Pahang, Faizal Helmi pula berkata, Zuraida bukan calon retorik kerana beliau telah menabur jasa selama tiga penggal di Ampang.

“Setelah tiga penggal, kita lihat  Zuraida dah buat banyak kerja. Setiap rumah atau lorong di Ampang beliau telah masuk dan berikan bantuan. Khidmatnya di sini amat baik,” tegasnya.

Sementara itu, kumpulan penduduk Taman Ampang Mewah yang juga penyokong Perikatan Nasional (PN) pula mendakwa, gabungan tersebut adalah pihak bebas rasuah dan bersih daripada sebarang pertuduhan mahkamah.

Mereka juga mendakwa, Zuraida gagal menjalankan tugas dengan baik apabila tidak memberi perhatian kepada isu berkaitan komuniti.

“Calon mereka (parti lain) ada yang lompat-lompat, banyak rasuah (tapi) calon PN bersih dan ada gabungan yang mantap.

“Dari dulu bangunan flat kami di Taman Ampang Mewah tidak dicat dan tiada langsung dewan dibina. Tidak ada jasa pun pemimpin Ampang yang dahulu,” dakwa seorang daripada kumpulan penduduk tersebut.

Parlimen Ampang berdepan pertembungan sembilan penjuru yang menyaksikan Zuraida selaku penyandang dicabar oleh Ivone Low Yi We (BN), Rodziah (PH-PKR), Sasha Lyna Abdul Latif (PN-BERSATU), Nurul Ashikin Mabahwi (PEJUANG) dan Lai Wai Chong (WARISAN).

Turut bersaing di kawasan sama ialah tiga calon Bebas, Muhammad Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng dan M Raveendran. - Getaran 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad