web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Arwah Dr Lo’ Lo’ Jadi Modal Calon PN Pikat Pengundi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:00PM

Dr Rosni berdepan tentangan tiga lagi calon untuk kerusi Titiwangsa. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pencapaian cemerlang Allahyarham Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali selaku mantan Ahli Parlimen Titiwangsa akan dijadikan modal oleh calon Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam untuk mendekati pengundi di kawasan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui, Dr Rosni memberitahu, legasi ditinggalkan Dr Lo’ Lo’ berperanan besar dalam membantunya mendekati pengundi kerana arwah amat dikenali penduduk setempat.

“Arwah betul-betul berkhidmat (di Titiwangsa), jadi itu membuatkan saya rasa lega kerana boleh menjadikan beliau sebagai satu selling point serta meneruskan legasi ditinggalkan.

 “Kami berdua juga banyak persamaan, antaranya beliau ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika bertanding (Parlimen Titiwangsa) dan sekarang saya juga adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat,” katanya di perkarangan Dewan Bestari SMK Aminuddin Baki, di sini hari ini.

Dr Rosni berdepan tentangan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad; Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Parlimen Titiwangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November nanti.

Mengulas lanjut, Dr Rosni berkata, latar belakang Dr Lo’ Lo’ adalah tidak jauh berbeza dengan dirinya dan ia menjadi satu  inspirasi untuk memikat hati pengundi di kawasan Titiwangsa.

“Insya Allah saya yakin boleh menyambung apa yang beliau lakukan pada pengundi dan rakyat di sini jika diberi kepercayaan,” katanya yang pernah bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU-14.

Untuk rekod, Dr Lo’ Lo’ adalah Ahli Parlimen Titiwangsa dari parti PAS yang mula berkhidmat pada 2008 hingga 2011.

Beliau meninggal dunia pada jam 10.13 malam 17 Julai 2011 di Hospital Selayang ketika berusia 54 tahun akibat barah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Rosni berkata, kebajikan penduduk setempat adalah antara perkara yang akan diberi perhatian, selain masalah pemilikan tanah dan beberapa isu lain.

“Semua isu tersebut adalah isu lama, jadi kita akan mencari jalan penyelesaian supaya dapat keluar daripada masalah tersebut secara maksimum untuk penduduk,” katanya. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Politik 2 tahun yang lalu

Hari Penamaan Calon PRK DUN Pelangai 23 September

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Warna Warni Hari Penamaan Calon PRN 2023

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad