web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 : Wan Azizah Cemas IC Tercicir, Nyaris Terlepas Proses Penamaan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 1:33PM

Dr Wan Azizah bertindak pantas berpatah semula ke barisan penyokongnya, bagi mendapatkan dokumen penting berkenaan. - Gambar oleh Sofian Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdepan saat cemas apabila nyaris terlepas proses penamaan setelah tercicir kad pengenalannya.

Perkara itu hanya disedari mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut yang kemudian bertindak pantas berpatah semula ke barisan penyokongnya, bagi mendapatkan dokumen penting berkenaan.

“Masa saya hendak masuk itu, saya sudah masuk (kad pengenalan) di sini (pas calon Suruhanjaya Pilihan Raya) selepas itu jatuh,” katanya ketika ditanya media berhubung insiden tersebut.

Kad pengenalan merupakan dokumen penting dalam proses penamaan calon sesebuah pilihan raya.

Terdahulu, Wan Azizah tiba pada jam 7.45 pagi di kawasan tempat makan berdekatan Pusat Penamaan Calon P124 Bandar Tun Razak untuk bersama penyokong PH.

Beliau seterusnya berarak bersama ratusan penyokong ke pusat penamaan calon yang terletak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) di Bandar Tun Razak di sini.

Beliau menjadi calon pertama tiba di pusat penamaan iaitu pada jam 8.30 pagi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Chew Yin Keen dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga penyandang kerusi.

Pada jam 10 pagi, Pengurus Pilihan Raya P124, Mohamad Hamim di Pusat Penamaan Calon P124 Bandar Tun Razak mengisytiharkan waktu penerimaan kertas penamaan di kawasan calon berkenaan tamat. 

Seterusnya, proses cabutan untuk nombor kertas undi bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan Dr Wan Azizah mendapat nombor satu, Yin Keen (nombor dua) dan Kamaruddin (nombor tiga).

Pada PRU-14, PKR telah meletakkan Kamaruddin untuk bertanding di kerusi tersebut di bawah gabungan Pakatan Harapan.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Kamaruddin menang dengan 41,126 undi, menewaskan pencabarnya, calon BN, Adnan Seman (21,196 undi); dan calon PAS, Dr Rosni Adam (7,884 undi).

Kamaruddin bagaimanapun mengisytiharkan keluar parti untuk bersama kerajaan PN. - Getaran, 5 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah Luang Masa Lawat Mangsa Kebakaran Saluran Gas

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Ucapan Istimewa, Video Dr Wan Azizah Tambat Hati Netizen

4

Semasa 3 tahun yang lalu

JPN Perlu Segera Perkenal Kad Pengenalan Baharu Berteknologi Terkini

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad