web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPN Perlu Segera Perkenal Kad Pengenalan Baharu Berteknologi Terkini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:53PM

MCW sarankan reset warganegara dibuat dengan memperkenalkan kad pengenalan baharu yang ada ciri-ciri keselamatan terkini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menambah baik sistem dan teknologi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dengan memperkenalkan kad pengenalan baharu dilengkapi ciri keselamatan terkini bagi menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa yang melingkari agensi tersebut.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, saranan tersebut antara inisiatif bagi menangani masalah berkenaan di jabatan itu kerana kad pengenalan sedia ada telah digunakan hampir 15 tahun dan mudah untuk diceroboh pihak tidak bertanggungjawab. 

Menurut beliau, penggunaan teknologi dalam proses pendaftaran negara boleh membantu menurunkan kebergantungan pada interaksi manusia dan mengurangkan peluang untuk penyelewengan. 

“Sistem pengurusan data yang cekap dan terkini perlu dipertingkatkan, untuk mengurangkan peluang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 

“MCW sarankan reset warganegara dibuat dengan memperkenalkan kad pengenalan baharu yang ada ciri-ciri keselamatan terkini," katanya hari ini. 

Jais berkata, kerajaan perlu memberi latihan etika dan kesedaran kepada kakitangan JPN mengenai tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

Petugas JPN juga katanya, wajar diterapkan dengan kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam menerusi kursus, bengkel dan program pembangunan profesional.

“Terdapat keperluan untuk JPN memperkukuhkan prosedur pengurusan serta ketelusan seperti pemeriksaan dalaman, audit dan penilaian prestasi bagi memastikan tindakan rasuah, selain membolehkan salah guna kuasa dapat dicegah melalui tindakan segera.

"Perlu wujudkan wujudkan mekanisme aduan dan perlindungan pelapor. Perlu ada saluran aduan selamat yang boleh dipercayai bagi kakitangan JPN atau orang awam untuk melaporkan sebarang penyelewengan serta tindakan rasuah. 

"Perlindungan pelapor ini penting untuk memastikan mereka yang melaporkan tidak terdedah kepada sebarang gangguan atau tindakan balas negatif," katanya. 

Dalam pada itu, Jais berkata, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang tegas adalah penting demi memastikan keadilan, sekali gus mencegah kegiatan jenayah tersebut.

Bagaimanapun jelasnya, ia perlu dilaksanakan dengan telus, adil serta bebas daripada campur tangan politik.

"Penting juga untuk membina budaya integriti yang kukuh di kalangan kakitangan JPN. Ini boleh dilakukan melalui kempen komunikasi, pendidikan moral dan etika, dan contoh teladan daripada pengurusan serta pemimpin JPN.

"Langkah itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan serta memerlukan sokongan atau komitmen daripada semua pihak, demi memastikan pencegahan rasuah serta salah guna kuasa menjadi keutamaan utama," katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15 : Wan Azizah Cemas IC Tercicir, Nyaris Terlepas Proses Penamaan

2

Politik 3 tahun yang lalu

Penduduk Sabah, Sarawak Rakyat Malaysia, Bukan ‘Lain-Lain’ - PBDS Baru

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kerajaan Pertimbang Dokumen Diri Penerima Vaksin Sabah, Sarawak

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad