Berita Terkini

3 jam yang lalu: MT UMNO mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, PRU-15 tahun ini - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: MT UMNO terima peletakan jawatan Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO - Ahmad Maslan 3 jam yang lalu: JDT II rangkul kejuaraan Liga Premier 2022, tewaskan Selangor FC 2 1-0 4 jam yang lalu: Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun 4 jam yang lalu: Tiada unsur cubaan culik berlaku di Telok Panglima Garang - Polis

IKUTI KAMI


Penduduk Sabah, Sarawak Rakyat Malaysia, Bukan ‘Lain-Lain’ - PBDS Baru

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 2:06PM

Kaum Dayak dan penduduk asli di Sabah serta Sarawak tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai ‘lain-lain’ di kad pengenalan diri. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kaum Dayak dan penduduk asli di Sabah serta Sarawak tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai ‘lain-lain’ di kad pengenalan diri bagi tujuan pendaftaran negara kerana ia adalah satu penghinaan, kata Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru).

Pengerusi tetap PBDS BARU, John Brian Anthony berkata, klasifikasi bangsa dan agama di kad pengenalan seseorang mampu menimbulkan perpecahan kaum yang kadang kala mencetuskan kekeliruan, sehingga membawa kepada peminggiran kumpulan tertentu.

Menurut beliau, klasifikasi kaum dilihat sebagai ‘kelemahan’ dalam usaha membina negara, khususnya dari aspek memupuk perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Apabila kita bercakap tentang Malaysia, ia hanya mengenai orang Melayu, Cina dan India. Tetapi populasi Dayak adalah sama besar dengan penduduk India, walaupun hanya terdapat tiga kaum (disenaraikan dalam borang pendaftaran negara).

“Jadi, bagaimana pula dengan Orang Asal (masyarakat asli) Sabah dan Sarawak? Mereka tersenarai sebagai lain-lain dan perkara tersebut berlaku sejak merdeka. Jadi, kita diletakkan dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

“Implikasinya amat besar, seperti Bumiputera-isme adalah karut kepada kita kerana tidak dihormati walaupun kita Orang Asal dan istilah lain-lain bermaksud kita boleh jadi apa sahaja,” katanya kepada The Vibes ketika ditemui baru-baru ini.

Anthony berkata, masyarakat Dayak ketika ini terdiri daripada lebih 200 suku kaum dan dua juta penduduk di Sabah serta Sarawak.

"Sudah tentu, tidak masuk akal untuk menyenaraikan semua suku dalam bentuk itu, tetapi mereka sekurang-kurangnya meletakkan kotak lain yang menandakan kategori untuk Orang Asal (dari) Sabah atau Sarawak," kata Anthony.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian yang menentang klasifikasi kaum dan agama pada kad pengenalan Malaysia.

Ketika ini, PBDS BARU adalah satu-satunya parti Dayak di Sarawak, yang bertujuan menyatukan suara komuniti berkenaan di negeri tersebut, kata Anthony.

Anthony menjelaskan, klasifikasi kaum, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama dan jurang pendapatan yang besar adalah antara isu menyebabkan masyarakat Dayak berasa seolah tidak mempunyai hak atau tidak berpuas hati dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau bingung kerana kerajaan dengan pantas mampu melaksanakan undang-undang di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 namun gagal menunaikan janji di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketinggalan Pembangunan

Anthony turut kesal kerana kemunduran pembangunan di Sarawak masih menjadi isu utama, dan rakyat di negeri itu kecewa dengan masalah infrastruktur asas, seperti sekolah usang yang terus berlaku.

“Kemiskinan di negeri ini meliputi kawasan luar bandar dan separa luar bandar serta merentasi semua kaum, jadi apa yang anda (kerajaan) lakukan dengan wang kami? Negeri begitu kaya tetapi rakyatnya sangat miskin.

“Sesetengah sekolah di Sarawak tidak dapat menghidupkan penjana diesel mereka, kerana tidak memilikinya dengan jumlah mencukupi.

“Sungguh ganjil apabila negeri ini adalah pengeluar minyak, tetapi anda tidak boleh mendapatkan diesel untuk menyalakan penjana bagi menghidupkan lampu di sekolah kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun Anthony menegaskan, majoriti rakyat di Sarawak masih mahu berada di bawah Malaysia, namun Malaysia Barat harus menepati janji yang dibuat di bawah MA63.

Ditanya sama ada keadaan di Sarawak juga berpunca daripada pemimpin negerinya, Anthony bersetuju dan menjelaskan bahawa pemimpin negeri itu seolah-olah mengikut kehendak pemimpin Persekutuan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kemiskinan teruk di negeri terbabit dilihat menguntungkan pemimpin, yang sering memanfaatkan bantuan kerajaan untuk kepentingan politik.

"Salah satu objektif penjajahan adalah untuk mengekalkan rakyat dalam kemiskinan yang teruk supaya mereka yang miskin akan menghargai apa sahaja pemberian walaupun hanya serbuk roti," katanya, sinis. – The Vibes, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 minggu yang lalu

Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak

2

TARA 1 minggu yang lalu

Alena Murang: Ini Identiti Saya

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Sabah, Sarawak Ikrar Kekal Dalam Malaysia, Mahu Membangun Bersama-Sama

4

Politik 1 bulan yang lalu

Speaker DUN Sarawak Umum ADUN Batu Lintang Ahli Bebas

Sorotan

1

UiTM Tamatkan Khidmat Pensyarah Terlibat Gangguan Seksual Serta Merta

2

UMNO Dipersalahkan Hanya Kerana PM Dari Parti Kami - Azalina

3

Bila Tular Isu Bersama Scammer, Saya Terpaksa Hentikan Promosi Konsert – Noraniza Idris Terkilan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ahli Parlimen PH ‘Hilang’ Ketika Banjir Tapi Sibuk Kempen Politik - Zahid

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Masjid, Surau Mulai Esok - JAWI

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

14 Individu Termasuk Warga Emas Ditahan, Disyaki Sindiket Pemerasan Guna Video Bogel

Politik 1 hari yang lalu

Saya Mungkin Bertanding Di Kerusi Disandang Pengkhianat - Anwar

oleh Isabelle Leong