web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBM Tanding 7 Kerusi Parlimen, 2 DUN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 6:16PM

Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan calon akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini mengumumkan calon akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Selain memaklumkan Datuk Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang, PBM mempertaruhkan Datuk Seri Dr Santhara Kumar di Parlimen Segamat. 

Menerusi kenyataan, Jabatan Penerangan dan Komunikasi PBM memaklumkan, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha akan bertanding di Parlimen Hulu Selangor. 

ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi pula ke Parlimen Kapar, manakala Presiden PBM, Datuk Larry Sng akan mempertahankan Parlimen Julau. 

“Dua ahli perniagaan, Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din dan Alus Kassim masing-masing akan bertanding di Parlimen Labuan serta Sekijang,” katanya menerusi kenyataan. 

Bagi kerusi DUN, jelasnya, PBM akan mempertaruhkan calon berumur 25 tahun, Bryan Yong Wu Sean di kerusi Tronoh dan Nazmahwati Walli di Bugaya.  

PBM ditubuhkan mantan ahli PKR yang menyokong Zuraida. 

Mereka keluar parti atau dipecat susulan terlibat dengan percaturan politik Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Parti itu ditubuhkan dengan mengambil alih Parti Pekerja Sarawak yang didaftarkan Larry pada 2012. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad