web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketepikan Masalah Dan Perbezaan, Pastikan Calon BN Menang - Ismail Sabri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 3:30PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO ketika hadir meninjau persiapan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan BN Parlimen Bera hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Ahli dan pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO hendaklah mengetepikan segala perbezaan serta masalah berbangkit berhubung keputusan calon yang dipilih untuk bertanding mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata setiap perkara dan keputusan dibuat dengan pertimbangan untuk parti, justeru tugas setiap ahli parti adalah untuk bekerjasama dan saling menyokong bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang dihadapi.

“Setiap kali PRU (pilihan raya umum) atau PRN (pilihan raya negeri) dan PRK (pilihan raya kecil) akan berlaku dan timbul masalah (tidak setuju dengan calon pilihan parti) di bahagian atau Parlimen… itu biasa. Tidak semua (nama yang dicadang sebagai calon) akan bertanding (dipilih sebagai calon). 

"Walaupun semua layak, tapi yang terpilih hanya seorang. Yang penting ialah sesiapa yang terpilih (menjadi calon) adalah mewakili BN dan kita sebagai ahli, tugasnya adalah untuk memastikan kemenangan parti,” kata Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO . 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Bera, di sini hari ini.

Sebelum ini, timbul masalah dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin UMNO dan parti komponen BN yang tidak bersetuju dengan senarai calon diumumkan untuk mewakili parti pada PRU-15, selain terdapat penyandang yang telah digugurkan dilaporkan akan tetap bertanding walaupun tidak mewakili BN.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga penyandang Parlimen Bera menasihatkan ahli dan penyokong semua parti yang akan hadir pada proses penamaan calon esok, supaya menjaga disiplin serta tidak melakukan perbuatan provokasi.

“Esok ramai yang akan hadir untuk menyokong calon dan wakil masing-masing… jaga disiplin, keselamatan dan elak provokasi. Kita mahu proses pilihan raya yang harmoni,” kata beliau.

Pada PRU15, Ismail Sabri yang akan mempertahankan kerusi disandangnya sejak 2004 dijangka berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang dan Perikatan Nasional (PN) Asmawi Harun, berdasarkan pengumuman calon yang dibuat oleh parti terlibat sebelum ini.

Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri menang dengan majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang memperoleh 18,449 undi manakala calon PAS Musaniff  Ab Rahman mendapat 8,096 undi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal pada 15 November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Panggil Semula Ismail Sabri Khamis Ini

4

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad