web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Mungkin Varian XBB Cerita Rekaan Untuk Takutkan Rakyat Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 8:25PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai empat penularan wabak COVID-19 membabitkan varian XBB yang dikesan di Malaysia, baru-baru ini, tidak seharusnya dianggap sebagai kenyataan yang sengaja dibangkitkan untuk menakutkan rakyat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, kenyataan mengenai kewujudan varian baharu itu pasti memiliki asas kukuh dan sumber benar daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Katanya, pihak KKM pastinya tidak akan mengeluarkan kenyataan palsu mengenai perkara tersebut.

“Kenyataan dari Menteri pasti mempunyai sumber yang benar. Jadinya, Menteri tak akan sesekali ambil risiko untuk membuat kenyataan tanpa bukti kukuh.

“Data diberikan Menteri bukan hasil dapatan sendiri, sebaliknya sudah tentu diperoleh daripada pakar dan pegawai kesihatan. Jadi saya fikir Menteri tidak akan berani buat kenyataan begitu sahaja tanpa data lengkap.

“KKM sendiri ada pakar dan pegawai perubatan yang tahu mengenai COVID-19, termasuk bahaya virus ini,” ujarnya.

Mazlan berkata, jika pengumuman tersebut tidak benar dan sengaja direka pihak KKM bagi tujuan menghalang rakyat keluar mengundi, ia pasti dibocorkan pihak tertentu yang akan mengundang padah kepada pihak kementerian berkenaan.

“Sekarang dunia terbuka, kalau varian baharu COVID-19 ini sengaja direka-reka sebab nak PRU-15, mungkin akan ada pakar kesihatan atau individu tertentu membocorkan data tersebut.  

“Malah dari segi peraturan dan pentadbiran, pihak KKM, termasuk Menteri tak boleh sewenang-wenangnya membuat pengumuman berhubung hal ini, nanti akan backfire (memakan diri) pihak terbabit,” tegasnya.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, varian baharu itu dipercayai pasti memberi kesan kepada peratusan kadar keluar mengundi atas faktor penjagaan kesihatan dan kebimbangan orang ramai.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, berhubung pemakaian pelitup muka pada PRU-15, termasuk semasa hari pengundian, pihak KKM sukar membuat undang-undang mewajibkannya secara drastik berikutan negara sudah berada dalam fasa endemik.  

Namun, beliau menasihatkan pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti diterapkan sebelum ini, bagi mengelakkan penularan meluas varian baharu itu.

“Ikut SOP macam biasa masa hari pengundian, jaga penjarakan, pakai topeng muka dan bawa hand sanitizer (cecair pembasmi kuman).

“Patuhi peraturan ditetapkan dan turunlah untuk mengundi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan komuniti, Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, masyarakat tidak boleh mengambil mudah mengenai penularan varian XBB yang sudah dijangkiti di negara ini bagi mengelakkan ia semakin menular.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Maka, katanya, orang ramai diingatkan supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya dalam kalangan warga emas kerana mereka golongan paling berisiko.

Jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa Omicron sub varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 adalah virus sangat mudah merebak dan berjangkit, tetapi tidak meningkatkan tahap keterukannya. 

“Varian ini sudah wujud di Singapura. Maka rakyat yang berulang-alik dari sana sepatutnya diperiksa lebih kerap bagi mengetahui status COVID-19 mereka, sekali gus mengelakkan virus tersebut terus merebak di Malaysia,” katanya.

Pada Isnin lalu, Khairy menerusi sidang media mengumumkan bahawa KKM mengesan empat penularan wabak COVID-19 membabitkan varian XBB yang dipercayai berasal dari Singapura.

Jelasnya, satu daripada wabak itu membabitkan kes jangkitan semula, namun kesemua pesakit hanya mengalami gejala sederhana, iaitu kategori 2. - Getaran, 1 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran