web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Tak Boleh Hanya ‘Selesa’ Jadi Wakil Rakyat Pedalaman - KJ

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 4:00PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mesti berani menawarkan khidmat di kawasan bandar sekiranya gabungan tersebut mahu berubah ke arah lebih baik.

Calon Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Khairy Jamaluddin berkata, BN tidak boleh hanya mewakili rakyat di kawasan pedalaman.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan itu berkata, gabungan berkenaan perlu mewakili seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tahu di kebanyakan kawasan bandar, BN tidak menjadi pilihan pengundi.

“Apabila kita mewakili orang bandar, polisi kita juga akan lebih mengambil kira isu dihadapi majoriti rakyat, iaitu penduduk di kawasan bandar.

“Ini bukan menidakkan pembangunan di kawasan luar bandar atau pedalaman. Itu tetap sangat penting tetapi jangan kita anggap semua yang duduk di bandar ini senang,” katanya menerusi satu video di akaun Instagramnya hari ini.

Khairy yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO berkata, kehidupan di bandar mencabar dengan pelbagai isu, merangkumi kos sara hidup, perumahan, akses ke klinik kesihatan, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, banjir kilat dan alam sekitar.

“Isu ini saya akan beri cadangan penyelesaian dalam Manifesto Sungai Buloh beberapa hari lagi,” katanya.

Khairy berkata, selepas menjalankan amanah menjaga kawasan kampung selama tiga penggal, beliau bersedia untuk cabaran baharu di Parlimen Sungai Buloh.

“Saya mahu datang ke bandar dan berjuang untuk anda serta kawasan bandar. Sungai Buloh adalah kawasan yang memerlukan tawaran baharu untuk menyelesaikan isu dihadapi orang bandar,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, demografi Sungai Buloh dilihat hampir mirip dengan komposisi kaum seluruh negara, justeru ia menggambarkan sebuah kerusi yang benar-benar Malaysia.

“Dan saya sentiasa bercita-cita menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Perjuangan saya adalah untuk semua, tidak kira kaum, agama atau latar belakang (kerana) yang penting kita jaga dan bantu semua pihak memerlukan,” katanya.

Beliau juga berikrar memastikan penduduk di Sungai Buloh tidak ketinggalan dan berharap diberikan peluang menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Saya akan kerja kuat untuk anda. Saya akan bawa suara Sungai Buloh dengan jelas dan lantang ke Parlimen seperti saya buat untuk orang Rembau,” katanya. - Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad