web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedih, Tapi Anak Sarjan Faridah Cekal Teruskan Hidup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 9:21PM

Noor Azmi Ariffin menunjukkan gambar Allahyarhamah Faridah Abd Rahman kepada anaknya, Muhammad Afnan - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Seakan mewarisi kecekalan ibu dan ayahnya yang berkhidmat dalam bidang ketenteraan, Nurul Syifa Noor Azmi, 13 yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Sarjan Faridah Abd. Rahman, tetap ke sekolah meskipun sedih dengan pemergian ibunya secara mengejut di Lubnan kelmarin. 

Bapanya, Noor Azmi Ariffin, 39, berkata, anaknya itu sememangnya kerap menangis apabila mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa ibunya. 

"Bagi berdepan keadaan itu, saya sentiasa berikan kata-kata semangat kepadanya dan dia tetap bersemangat ke sekolah. Selain itu, adiknya yang lain juga nampak 'ok'.

"Cumanya anak kami yang bongsu, Ainul Mardiah sering bertanyakan mengenai 'Ummi'. Mungkin akan ambil sedikit masa untuk dia memahami keadaan ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Mati dekat sini, hari ini. 

 Noor Azmi Ariffin - Gambar Rafisqi Radhi
Noor Azmi Ariffin - Gambar Rafisqi Radhi

Noor Azmi memberitahu, jenazah isterinya dijangka tiba ke tanah air seawal-awalnya pada Rabu. 

Katanya, perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang pegawai tentera yang berkunjung ke rumahnya, tengah hari tadi. 

Pasangan berkenaan dikurniakan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13; Muhammad Afnan, 10; Nurul Jannah, 7 yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan Ainul Mardiah, 4 tahun.

"Mengikut perancangan, jenazah akan terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Tualang untuk dikebumikan dan kami berdoa semoga segala urusan dipermudahkan," katanya yang juga merupakan bekas tentera. 

Mengulas lanjut Noor Azmi berkata, sepanjang sebulan isterinya bercuti di tanah air, Allahyarham kerap membelikan mainan untuk anak-anaknya. 

"Boleh dikatakan hampir setiap hari dia keluar membelikan mainan untuk anak-anak. Sebelum ini, tak pernah dia beli mainan banyak seperti ini," katanya yang kini mengusahakan sawah padi. 

Allahyarhamah Faridah Abd Rahman - Gambar ATM
Allahyarhamah Faridah Abd Rahman - Gambar ATM

Dalam pada itu ibu Faridah, Salmah Hassan, 57, memaklumkan, ini kali kedua dia kehilangan anak setelah adik Faridah, Muhammad Farihan terlebih dulu meninggal dunia pada 2013 akibat asma. 

"Muhammad Farihan meninggal dunia di pangkuan saya ketika waktu subuh manakala Faridah pula menghembuskan nafas terakhir ketika sedang bertugas. Mereka pergi dalam keadaan baik dan saya reda.

"Saya berterima kasih kepada orang ramai termasuk pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tak henti-henti berziarah ke rumah. Jenazah Faridah Insya Allah akan dikebumikan di sebelah kubur adiknya," katanya. 

Salmah Hassan - Gambar Rafisqi Radhi
Salmah Hassan - Gambar Rafisqi Radhi

Menerusi kenyataan dikeluarkan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bahagian Risikan Dan Komunikasi Strategik Pertahanan semalam, Allahyarham yang merupakan seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Malaysian Battallion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), disahkan meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia, semalam.

Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, dilaporkan rebah tiba-tiba setelah turun dari bas di kem tersebut.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dihantar ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian. - Getaran, 20 Mei 2024.

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad