web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bertanding Di Pontian, DAP Ikrar Tumbangkan Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 6:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP mengesahkan akan meletakkan calon di Parlimen Pontian yang sebelum ini merupakan kerusi ditandingi PKR pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini menjadikan parti itu akan bertanding di 55 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November depan.

“Pada awalnya, kami mahukan kerusi Sembrong, namun, PKR tidak bersedia untuk melepaskan kerusi itu dan memberikan kami Pontian sebagai ganti.

“Walaupun Pontian merupakan kawasan majoriti Melayu, namun, saya tidak rasa ia isu besar kerana pada pusingan ini (PRU-15), terdapat beberapa kawasan majoriti Melayu lain yang kami turut bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Watikah Calon DAP di sini hari ini.

Anthony yang juga penyandang kerusi Parlimen Seremban berkata, perkara terbabit diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH), Sabtu lalu.

Menurut beliau, perbincangan berkenaan pembahagian kerusi di antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) mencapai persetujuan yang solid tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

“Kami menerima tanpa bantahan dan segala perbincangan kerusi antara parti komponen PH berjalan dengan harmoni,” katanya.

Sebelum ini, Anthony ketika berucap pada majlis tersebut menegaskan, DAP menampilkan lebih ramai calon dalam kalangan wanita untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, 14 daripada 55 calon parti itu yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah dalam kalangan wanita iaitu sebanyak 25 peratus.

Menurut beliau, perkara itu membuktikan partinya mengangkat martabat wanita kerana golongan itu mempunyai kebolehan dan potensi yang sama untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.

“Kita capai 25.4 peratus calon wanita. Ada kata tak cukup (wanita DAP) namun dari segi peratusan, kita mencapai jumlah paling tinggi dalam kalangan parti politik lain khususnya Barisan Nasional (BN), yang hanya menyenaraikan 18 wanita daripada lebih 100 calon mereka.

“DAP dah 14 (calon wanita), belum campur PKR dan AMANAH. Perak enam daripada 19 calon adalah wanita.

“Di Pahang kita ada lapan calon dengan dua daripadanya adalah wanita,” katanya. - Getaran, 2 November 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95