web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harap Premier Sarawak Longgarkan Larangan Berkempen Untuk PH - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 4:56PM

Anwar berkata langkah tersebut membolehkan calon yang bertanding dapat berkempen dengan baik. - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Sarawak diminta menimbangkan semula larangan berkempen untuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) di negeri itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat berharap Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan menimbangkan semula kemungkinan menarik larangan tersebut.

“Saya berharap agar Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan pertimbang untuk menarik balik larangan masuk ke atas beberapa pemimpin utama PH semasa kempen PRU-15,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Menurut beliau, langkah tersebut membolehkan calon yang bertanding dapat berkempen dengan baik mengikut prosedur sebelum hari pengundian.

“Ia juga bagi membolehkan mereka membantu rakan-rakan separti di Sarawak sepanjang tempoh berkempen kelak,” ujarnya.

Anwar yang juga Presiden PKR turut melahirkan harapan agar permohonan tersebut diterima dengan baik, bagi mengelakkan sebarang masalah yang melibatkan pemimpin di Sarawak.

“Besar harapan saya agar permohonan ini dapat diberi perhatian oleh beliau (Abang Johari) dan pihak kami juga tidak mahukan sebarang isu atau konflik dengan kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan bahawa parti tersebut akan bertanding tanpa bergabung dengan mana-mana parti lain dan menyasarkan kemenangan terhadap 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

PKR bakal menampilkan 16 calon di Sarawak atas tiket PH.

Sementara itu, parti komponen PH, DAP turut memperkenal tiga muka baharu di Sarawak iaitu Roderick Wong, Tony Chiew dan Laeryy Jabol, masing-masing akan bertanding di Sarikei, Bintulu serta Serian. - Getaran 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran