Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Annuar Serah Kepada Pucuk Pimpinan Soal Pencalonan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2022 1:25PM

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa pada sidang media hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan sama ada beliau akan dicalonkan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau turut mengesahkan setakat ini belum menerima surat atau sebarang jemputan berkaitan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan malam ini.

Katanya parti memiliki sistem tersendiri dalam memilih calon, justeru semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan kepada parti khususnya pucuk pimpinan untuk menentukan serta memilih siapa yang parti fikir patut menerima watikah dan mewakili parti.

“Soal calon macam saya kata bukan benda yang harus kita minta-minta, lobi-lobi. Kalau kita difikirkan oleh pucuk pimpinan atas apa juga asas pertimbangan maka itu kita hanya alat untuk parti memberi watikah dengan logo parti kita masuk. Kalau parti tidak pilih itu bukanlah pengakhiran segalanya.

“Tetapi itu juga tidak menyekat kita nak bertanding kita boleh juga bertanding, beli borang, bayar deposit … semua orang boleh bertanding.

“Dari sudut kita sebagai ahli parti, bagi saya pendirian saya tidak akan lobi, tidak akan minta, tidak akan merayu. Kita serah bulat-bulat kepada parti dan saya difahamkan malam ini ada surat jemputan majlis pengumuman jadi saya fikir ahli-ahli parti terima sajalah apa yang parti putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengesahkan tawaran sebagai calon kerusi Parlimen Ketereh telah diberikan kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh Marzuani Ardila Ariffin.

“Ketua Puteri saya dipanggil dan ditawarkan. Sama ada beliau terima atau tidak, itu saya tidak tahu kerana mereka masih lagi berunding,” katanya.

Annuar berkata Marzuani Ardila ada merujuk kepada beliau mengenai tawaran tersebut.

“Saya kata dalam politik ini tanyalah hati sendiri yang penting bila bertanding biarlah menang. Kalau kita rasa menang kita boleh sumbang satu kerusi kepada parti kita, itu benda yang sebaik-baiknya.

“Jangan bertanding hanya untuk bertanding, kalau rasa boleh menang baguslah bertanding ini untuk menang (kerana) bayar deposit, berkempen berhabis beratus ribu (malah) berjuta untuk sesetengah orang,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai rancangan lain sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusi Parlimen tersebut, Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata perkara tersebut akan difikirkan kemudian.

“Katakan senario saya tidak dipilih, saya tidak boleh mengamuk, saya tak boleh marah tetapi perjalanan politik saya masa itulah saya kena duduk dan fikirkan.

“Tengok kalau buat begini jadi begini, buat begitu jadi begitu. Jadi pilihan itu banyak, kalau dulu-dulu keluar pembangkang masuk kerajaan, keluar kerajaan masuk pembangkang tetapi sekarang kalau tak duduk dalam parti kerajaan, di luar ada lagi parti lain yang kerajaan juga.

“Senario politik kerajaan dah berubah, PAS pun kerajaan, Bersatu pun kerajaan. Semuanya di bawah pimpinan Perdana Menteri yang sama. Ada pilihan orang kata tepuk dada tanya selera,” katanya. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 2 minggu yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 22 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap