web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Manifesto BN Bukan Mitos, Terbukti Benar Di Melaka, Johor

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 5:54PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bertemakan ‘Kestabilan dan Kemakmuran' bukan satu mitos atau populisme politik.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia terbukti benar selepas beberapa siri kejayaan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Ia bukan rekaan atau populisme politik kerana telah terbukti di Melaka selepas PRN diadakan ppada November 2021.

“Ia sekali lagi terbukti benar di Johor setelah BN kembali mendominasi pentadbiran negeri itu pada Mac 2022,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas beliau, Johor selepas kembali ditadbir sepenuhnya oleh BN, mencatatkan pelaburan tertinggi dalam negara.

“Sebanyak RM60.9 bilion sekali gus menjadi pelaburan tertinggi pernah dicatatkan negeri itu berbanding RM24.5 bilion pada 2019,” katanya.

Zahid berkata, Melaka turut berada di kedudukan kelima terbaik dalam pelaburan bagi sektor pembuatan selepas negeri tersebut kembali didominasi kerajaan BN.

“Pelaburan yang mewujudkan begitu banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka. Ekonomi Melaka berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus setakat Mac lalu.

“Manakala kadar pengangguran mencatatkan kedudukan kedua terendah membuktikan pentadbiran kerajaannya,” kata Presiden UMNO itu.

Menurut beliau, Pahang yang juga berada di bawah pentadbiran BN berjaya mengurangkan hutang kerjaaan negeri daripada RM3 bilion kepada RM950 juta.

“Begitu juga kejayaan dicatatkan di negeri lain yang masih BN sebagai kerajaan. Majoriti rakyat sedang merindui BN untuk kembali dominan sebagai kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada PRU-15.

“Rakyat rindukan BN untuk dominan semula selepas kesengsaraan mereka tempuhi selama 39 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa seluruh kepimpinan BN agar menginsafi kekhilafan yang terjadi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) angkara pembohongan, fitnah dan janji palsu.

“Kita pastikan BN dan rakyat berpisah tiada, seiring sejalan dalam mengembalikan `kestabilan dan kemakmuran' untuk semua.

“Insya Allah kesinambungan dapat diteruskan dengan manifesto PRU-15 BN yang realistik serta berkesan bakal ditawarkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar seluruh jentera berusaha kuat bagi memenuhi harapan rakyat sekaligus memenangkan BN pada 19 November ini.

“Kepada Allah SWT jua kita memohon bantuan dan pertolongan selepas segala daya upaya,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata, BN akan ‘menghidangkan’ lebih 10 teras dan aku janji untuk rakyat dalam manifesto parti itu pada PRU-15.

Katanya, parti itu akan menawarkan lebih 90 tawaran untuk dinikmati pelbagai lapisan masyarakat, mencakupi golongan minoriti dan majoriti.

“Manifesto kita ini akan merangkumi segenap lapisan masyarakat,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran