web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cheng Hau Dicadang Ganti Kit Siang Tanding Parlimen Iskandar Puteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 8:26PM

Boo Cheng Hau - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa cawangan DAP Parlimen Iskandar Puteri sebulat suara mencadangkan Dr Boo Cheng Hau yang juga mantan Pengerusi DAP Johor sebagai calon parti itu di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jurucakap cawangan terbabit memaklumkan, cadangan berkenaan sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Calon Pilihanraya DAP Malaysia bagi pertimbangan dan keputusan selanjutnya.

Katanya, cadangan itu susulan pengumuman mantan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang memutuskan meninggalkan Parlimen Iskandar Puteri dan jawatan dalam parti.

“Kami amat sedih bahawa Kit Siang mengumumkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Iskandar Puteri dan berundur dari politik.

“Disebabkan itu, kami sebulat suara ingin mencadangkan seorang pemimpin berpengalaman setempat, Dr Boo Cheng Hau sebagai calon DAP bagi Parlimen Iskandar Puteri pada PRU-15 kerana kita akan menghadapi satu perang politik yang amat sukar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Kit Siang masih lagi aset bernilai untuk DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Susulan itu, katanya, mereka berharap agar beliau meneruskan perjuangannya, termasuk bertanding semula di kerusi Parlimen diputuskan sesuai oleh Majlis Presiden PH.

“Kami berterima kasih kepada sumbangan Kit Siang bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen Iskandar Puteri selama dua penggal, malah kami bersyukur terhadap kepimpinan beliau dalam DAP dan PH selama ini.

“Kami juga memohon agar Kit Siang masih memimpin parti pada PRU-15 serta bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang dianggap sesuai untuk beliau oleh pucuk pimpinan DAP dan PH,” katanya.

Pada PRU-14, Kit Siang mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri dengan memperoleh 80,726 undi.

Beliau mengetepikan calon MCA, Datuk Jason Teoh Sew Hock dengan majoriti 44,864 undi.

Pada Mac lalu, pemimpin veteran DAP itu mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU-15.

Ahli politik berusia 81 tahun itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti itu kali ini.

Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun. - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik