web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AMK Kunci Mulut Adam Adli Calon Kerusi Nibong Tebal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 4:40PM

Muhammad Kamil bercakap pada Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia & Laskar Bencana AMK. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengunci mulut berhubung dakwaan Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim akan diletakkan sebagai calon kerusi Parlimen Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Ketua AMK, Muhamad Kamil Abdul Munim berkata, perkara tersebut diserahkan kepada pucuk pimpinan PH untuk membuat keputusan.

“Kita akan tunggu sebarang keputusan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Harapan (PH). Setakat hari ini tiada keputusan dan pengumuman dibuat.

“Jadi saya tidak mahu timbulkan sebarang spekulasi atau kenyataan tidak ada asas kukuh untuk dikeluarkan pada waktu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Pelancaran Khidmat Malaysia dan Laskar Bencana AMK di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Pada PRU Ke-14, kerusi tersebut dimenangi mantan ahli PKR iaitu, Datuk Mansor Othman dengan meraih undi sebanyak 35,395 ketika bersama parti itu.

Muhamad Kamil berkata, AMK akan menerima dan bersedia dengan sebarang tanggungjawab dan amanah diberikan parti.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang didakwa mengintai kerusi Titiwangsa dan beberapa kawasan lain, perkara tersebut akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH.

“Kita bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan PH dan MUDA, sudah tentu ada syarat serta kriteria dipersetujui,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhamad Kamil berkata, beberapa pertimbangan dan pandangan sudah dibuat dalam Majlis Presiden PH berhubung kerusi di kawasan bandar, memandangkan kehadiran MUDA dilihat banyak berada di lokasi tersebut.

“Perkara ini sudah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH, malah ada beberapa pertimbangan serta pandangan dibincangkan secara tuntas yang membuahkan kerjasama politik antara PH dan MUDA.  

“Saya pasti perkara ini sudah selesai dan tidak timbul sebarang spekulasi terhadap mana-mana kerusi di antara PH dan MUDA,” jelasnya.

Terdahulu, AMK bertekad menjadi penggerak kepada PKR dalam memainkan peranan mendekati pengundi muda, menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. - Getaran 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia Main Peranan Penting Dalam Keputusan Kerajaan – Adam Adli

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Keputusan Johari Sah, Ikut Undang-Undang’ – Adam Adli

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Penghijrahan Pakar Perlu Dilihat Menyeluruh - Adam Adli

4

Politik 3 tahun yang lalu

Percakaran AMK Semasa Pemilihan PKR Adat Pertandingan, Jangan ‘Dipanjangkan’- Adam Adli

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad