web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: AMK Cadang 6 Calon Muda

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:52PM

Akmal Nasrullah (tiga kanan) bersama ahli AMK Negeri Johor selepas mempengerusikan Mesyuarat AMK Negeri Johor di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) bercadang mengemukakan enam calon daripada sayap itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, enam calon itu akan ditampilkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dikenal pasti dan wajar diwakili orang muda.

Beliau berkata, pemilihan individu terbabit bukan sahaja untuk bertanding sebagai calon, malah memiliki potensi sesuai sebagai wakil rakyat.

“AMK akan mengemukakan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menamakan sekurang-kurangnya enam calon dari sayap kita yang bermaksud kita mahu 30 peratus daripada calon parti ini di PRN Johor terdiri daripada anak muda.

“Kita sudah mengenal pasti kerusi DUN yang wajar untuk meletakkan calon anak muda, tetapi perbincangan perlu dibuat dengan kepimpinan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AMK Negeri Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua AMK Negeri Johor, R Yuneswaran.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, sememangnya anak muda sudah bersedia diberikan tanggungjawab bertanding di kerusi mungkin sukar, bukan DUN tradisi boleh dimenangi PKR.

“Namun, pada masa sama perlu ada keseimbangan daripada segi kawasan supaya anak muda ini diberikan peranan bukan sekadar jadi calon, malah berpotensi menjadi wakil rakyat di Johor,” katanya.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, AMK mengadakan mesyuarat lebih awal bagi menyelaraskan persiapan menghadapi PRN Johor.

Katanya, langkah itu bagi menyusun beberapa perkara, termasuk fokus AMK untuk menumpukan usaha membawa isu anak muda yang perlu diberi ruang dan peluang dalam PRN.

“AMK tidak minta PRN ini berlaku. Tetapi, apabila DUN dibubarkan, kita tiada pilihan dan perlu berkempen habis-habisan.

“Kita perlu mengangkat pandangan umum ketika ini yang mahu kepimpinan lebih segar dan baharu untuk mengambil amanah serta tanggungjawab,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad