Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Mana Lebih Berkesan, Kempen Menerusi Media Sosial Atau Fizikal

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun kadar penggunaan platform media sosial dalam kalangan rakyat kian meningkat dan boleh dimanfaatkan parti politik untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pendekatan menyantuni pengundi secara fizikal dilihat kekal penting dan masih relevan.

Beberapa pemimpin parti dan penganalisis politik berpandangan, sinergi antara kedua-dua kaedah, baik menerusi media sosial atau fizikal perlu ‘seiring’ dalam usaha menarik sokongan pengundi.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pendekatan berkempen secara fizikal, termasuk berkunjung dari rumah ke rumah, dilihat membentuk sentuhan peribadi (personal touch) kepada masyarakat setempat.

Datuk Wan Saiful Wan Jan
Datuk Wan Saiful Wan Jan

“Sudah tentu (pengedaran) bahan cetak, ceramah merangkumi ceramah besar atau kelompok kecil-kecil, kesemua ini masih relevan,” katanya kepada Getaran.

Beliau memberitahu, golongan pengundi pasti mahu mengenali calon mereka lebih dekat dan mengetahui apa dibawa individu terbabit serta parti, justeru kaedah berkempen secara fizikal adalah masih relevan.

Namun, Wan Saiful tidak menolak hakikat bahawa wujud peningkatan dari segi penggunaan media sosial ketika ini meliputi perkhidmatan rangkaian sosial (social networking service), seperti Facebook, Twitter dan Instagram, selain perkhidmatan pemesejan segera (IM), antaranya Whatsapp serta Telegram.

“Sebab itu juga di peringkat BERSATU, saya mengeluarkan arahan untuk semua jentera dan ahli parti bagi menambah keberadaan parti dan Perikatan Nasional ( PN) dalam media sosial melalui akaun masing-masing.

“Kita hendak melihat identiti BERSATU dan PN itu tersebar dengan luas. Ini hanya boleh dibuat dengan bantuan serta kerja daripada ahli di peringkat akar umbi,” katanya.

Wan Saiful berkata, penggunaan kedua-dua kaedah ‘media moden’ dan konvensional itu memiliki kepentingan yang sama.

“PN juga mengadakan Jelajah Prihatin dengan pemimpin tertinggi parti ini, turun ke bahagian untuk berinteraksi terus kepada pengundi,” katanya.

Bagi Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan, peranan media sosial dilihat semakin penting pada beberapa pilihan raya umum lalu.

Syahredzan Johan
Syahredzan Johan

Malah, beliau menjangkakan ia lebih penting pada PRU-15 terutama dengan pelaksanaan Undi18.

Sehubungan itu, katanya, parti politik perlu menggunakan pelbagai jenis saluran media sosial untuk menambat hati pengundi, termasuk platform baharu seperti TikTok.

“Saya juga fikir, cara lama berkempen seperti ‘walkabout’ dan ceramah fizikal perlu disulami dengan penggunaan media sosial.

“Namun demikian, parti politik juga perlu sedar bahawa media sosial bukan segalanya dan menang di media sosial tidak bermakna menang di lapangan,” katanya.

Ditanya sama ada PRU-15 akan menyaksikan peningkatan serangan laskar siber, Syahredzan berpendapat, ia akan berlaku, tetapi menegaskan serangan seumpama itu sudah lama dilakukan.

“Cuma dengan pendedahan ‘troll farm’ besar-besaran oleh syarikat teknologi, Meta tempoh hari, ia adalah ‘smoking gun’ mengenai apa kami syak selama ini, iaitu ada usaha terancang untuk manipulasi pendapat massa dalam media sosial,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berpendapat, seperti tahun sebelum ini, strategi berkempen parti politik pada PRU-15 adalah campuran antara media sosial dan fizikal.

Oh Ei Sun
Oh Ei Sun

“Ini dapat dilihat, dengan media sosial berkemungkinan lebih penting di kawasan bandar kerana penduduknya lebih berpendidikan dan liputan rangkaian lebih baik.

“(Di peringkat luar bandar) pendekatan seperti menerusi ceramah pastinya penting dan juga kaedah ‘cakap-cakap’ (grapevine) dengan ‘makcik-makcik’ UMNO di akar umbi menjalankan kempen dari rumah ke rumah,” katanya.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penggunaan media sosial mampu menjadi penentu, penarik undi dan bahan kempen yang boleh disebarkan secara meluas.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) pernah tewas dalam ‘perlumbaan’ di media sosial pada PRU 2008 yang menyaksikan gabungan berkenaan mengalami kekalahan di beberapa negeri pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau memberitahu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula cuba bangkit menggunakan media sosial untuk berpolitik, namun ia lebih kepada memberi fokus pada diri beliau sendiri dan segelintir pemimpin BN lain.

“Pada PRU-13, BN masih dapat bertahan. Namun pada PRU-14, Najib mula menggerakkan jentera media sosial untuk BN. Bagaimanapun ia bersifat media sosial ‘top down’ (atas ke bawah) yang menyebabkan komunikasi strategik kurang seimbang dan tidak berakar dari bawah,” katanya.

Tegasnya, ia berbeza dengan pendekatan dipraktikkan Pakatan Harapan (PH), khususnya melibatkan media sosial yang menyaksikan ia bukan sahaja bersifat informasi ‘top down’ (atas ke bawah), malah membentuk gelombang gerakan media sosial ‘bottom up’ (bawah ke atas) secara berterusan.

Akibatnya, Awang Azman berkata, BN sekali lagi tewas apabila media sosial ‘bottom up’ pro-BN kurang berkumandang, khususnya dalam konteks sasaran khalayak mereka.

Pada PRU-15, beliau mengesyorkan perlu ada gerakkan yang bukan sahaja ‘top down’ dalam perang media sosial, malah mampu membina gelombang ‘bottom up’ yang mendukung perjuangan BN di media sosial.

“PH pula memanfaatkan kedua-dua pendekatan tersebut, tetapi momentum ‘bottom up’ di media sosial tidak begitu bergelombang besar.

“Namun ia perlu dicetuskan gelombang baharu sesuai dengan situasi PRU-15,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

4

Gaya 4 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 17 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi