web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: PKR Tampil Calon Terbaik, Dimuktamad Selewatnya 19 Oktober Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 9:17PM

Rafizi Ramli berkata, dalam usaha menampilkan calon terbaik, parti itu juga akan memperkenalkan proses saringan dan penilaian lebih telus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR akan memuktamadkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selewatnya-lewatnya 19 Oktober ini, dengan mengambil kira sentimen pengundi yang mahukan calon lebih baik daripada parti bertanding.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, dalam usaha menampilkan calon terbaik, parti itu juga akan memperkenalkan proses saringan dan penilaian lebih telus, seragam, objektif dan demokratik.

Katanya, ia supaya pengundi, anggota parti dan bakal calon mengetahui kriteria serta proses pemilihan.

“Senarai pendek calon ditentukan bersama oleh satu Jawatankuasa Calon yang dipengerusikan timbalan presiden dan semua naib presiden.

“Senarai pendek calon yang dikemukakan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimuktamadkan sudah melalui proses saringan dan penilaian rapi.

“Saya berpendapat tumpuan rakyat untuk membezakan parti bertanding pada PRU-15 adalah kepada kewibawaan, kepelbagaian, kemahiran profesional dan kesesuaian calon diketengahkan.

“Ini menjadi satu daripada ‘niche’ yang diberi tumpuan PKR untuk membezakan kami dari parti lain, seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, PKR menetapkan garis masa ke arah memuktamadkan calon PRU-15 menjelang mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh penamaan dan hari pengundian.

“Setakat ini pada jam 10 pagi tadi, seramai 1,673 calon berdaftar dan Sekretariat Calon sedang menapis serta memberi pemarkahan awal, supaya semua calon berpotensi mula dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Calon malam ini,” katanya.

Menurut Rafizi, pemilihan calon PKR perlu lebih demokratik dengan melibatkan semua peringkat dalam dan luar parti, bagi memastikan pandangan seberapa banyak pihak.

Perkara tersebut, katanya, adalah satu daripada prinsip PKR, bagi memastikan proses saringan dan pemilihan calon kali ini dapat melonjakkan kewibawaan individu diketengahkan.

Jelasnya, kaji selidik menunjukkan secara konsisten bahawa faktor kewibawaan calon menyumbang 50 peratus daripada keputusan pengundi,” katanya.

“Keputusan pengundi bukan lagi dipengaruhi parti apakah yang bertanding pada pilihan raya,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad