web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU15: MIC Akan Tampilkan 70 Peratus Muka Baharu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 9:29PM

A Vigneswaran - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - MIC akan menampilkan 70 peratus muka baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.

Tanpa mendedahkan nama calon, beliau berkata pemimpin yang memegang jawatan dalam parti kaum India itu sudah tentu akan diberi keutamaan pada PRU15.

“Saya akan mengumumkan calon-calon (mewakili MIC atas tiket Barisan Nasional) secepat mungkin. Mungkin ada perubahan jika ada kerusi tambahan.

Penyelaras telah dilantik sejak dua tahun lepas untuk bekerja di kerusi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung MIC Ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

MIC dijangka bertanding di kesemua kerusi tradisinya pada PRU15 iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala perbincangan masih dijalankan bagi kerusi tambahan.

Sementara itu, Vigneswaran juga menafikan laporan media yang kononnya antara manifesto MIC hari ini adalah untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, resolusi untuk memberi kuasa kepada Presiden MIC dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti  berhubung sebarang keputusan berkaitan PRU15 diluluskan secara sebulat suara dalam perhimpunan agung itu.

Dalam pembentangannya, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan berkata kuasa itu adalah bagi parti itu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya mengenai mana-mana kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), gabungan atau isu berkaitan PRU15.

“Memandangkan PRU15 akan diadakan dalam masa tersingkat, terdapat isu semasa mengenai gabungan dengan pihak pembangkang dan terdapat pihak komponen BN yang membuat keputusan untuk berunding dengan pihak pembangkang.

Maka adalah menjadi kepentingan MIC untuk parti diberi mandat untuk berunding atau membuat keputusan untuk penggabungan dengan parti lain jika perlu,” katanya.

Resolusi itu mendapat sokongan kira-kira 3,000 perwakilan MIC dan pemerhati yang hadir pada Perhimpunan Agung MIC yang dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad