web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembangkang Enggan Campur Isu Rakaman Audio, Persoal Video Lucah Menteri

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 6:00PM

Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  PKR tidak mahu masuk campur dalam isu rakaman audio yang didakwa melibatkan Presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil bagaimanapun menegaskan, beliau secara peribadi melihat insiden tersebut seperti satu serangan peribadi untuk menjatuhkan UMNO serta melemahkan presiden parti itu sendiri.

“Dalam isu ketulenan dan kesahihan audio itu, saya bukanlah orang yang layak untuk memberi pendapat. Biarlah rakaman audio ini diserahkan kepada individu yang pakar.

“Namun, pada pendapat saya, ia seperti serangan pihak dalaman untuk melemahkan kepimpinan Zahidi Hamidi itu sendiri,” katanya kepada Getaran.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menarik perhatian, sebelum ini pernah hangat beberapa isu yang mengaitkan pemimpin tertentu dengan rakaman video dan audio, namun ia senyap begitu sahaja tanpa sebarang tindakan lanjut.

“Sebelum ini ada juga rakaman audio yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum berlakunya peristiwa Langkah Sheraton, tetapi kes tersebut seolah-olah dibiarkan senyap begitu sahaja.

“Malah ada rakaman video yang memaparkan seorang ahli politik ternama Malaysia satu ketika dahulu, dan walaupun ketulenannya sudah disahkan, kes terbabit senyap begitu sahaja tanpa sebarang tindakan susulan,” tegasnya.

Sementara itu Ketua Pembangkang Perak, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, keghairahan pihak berkuasa menyiasat rakaman audio yang didakwa membabitkan Anwar dan Zahid itu menenggelamkan keputusan siasatan video lucah seorang menteri kanan.

Menurut beliau, perkara sama turut berlaku ke atas sebuah rakaman suara menyerupai Muhyiddin, yang didakwa menawarkan jawatan kepada Ahli Parlimen.

“Kedua-dua perkara ini mengandungi unsur jenayah iaitu seks di luar tabie dan perlakuan rasuah, tetapi apa yang berlaku sudahnya?

“Pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini berperi-peri mengatakan mereka bukan alat politik kerajaan, jadi ia perlu dibuktikan,” katanya.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata, pihak yang berkenaan perlu memutuskan tindakan secara adil dan saksama, tanpa menjadikan blok pembangkang sebagai sasaran.

Ahmad Zahid dan Anwar menjadi tumpuan selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara mereka tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, satu suara mirip didengar memuji ucapan penggulungan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), dalam satu perbualan menerusi telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat sejak 22 tahun lalu. -  Getaran, 11 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 43 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad