web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA, PSM Sertai PH, Majlis Presiden Bentuk Jawatankuasa Rundingan 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 7:04AM

Majlis Presiden PH telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh seorang wakil daripada setiap komponen PH. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhubung penyertaan mereka dalam gabungan politik tersebut. 

Menerusi satu kenyataan, Majlis Presiden PH memaklumkan, jawatankuasa tersebut dianggotai seorang wakil daripada setiap komponen PH. 

Menurutnya, antara lain ia diwakili Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR, Steven Sim Chee Keong (DAP). Mohd Hasbie Muda (AMANAH) dan Datuk Ewon Benedick dari Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO). 

“Majlis Presiden PH dalam mesyuarat semalam telah meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan MUDA serta hasrat PSM untuk bekerjasama dengan PH secara rasmi.

“Hasrat MUDA dan PSM ini bererti semua parti yang sedia berpegang pada setiap prinsip dan berada di landasan sama dengan PH diharap dapat merangkul kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Pada masa sama, ia dapat mengelakkan pertembungan kerusi sesama sendiri,” katanya.

MUDA baru-baru ini sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan terbabit.

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya MUDA yang berlangsung sebelum ini. 

PSM pula dilaporkan mahu menjalin pakatan pilihan raya dengan PH supaya ‘empat atau lima’ calonnya boleh bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) atas tiket gabungan itu pada PRU-15. - Getaran, 22 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar