web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Kekal Anggap UMNO Sebagai Rakan Ta'awun Di Bawah Gagasan Penyatuan Ummah - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 6:59AM

PAS kekal menganggap UMNO dan semua pihak yang bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah sebagai rakan ta’awun (rakan kerjasama). - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS kekal menganggap UMNO dan semua pihak yang bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah sebagai rakan ta’awun (rakan kerjasama) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan terus bersikap terbuka serta sedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan bersama semua rakan ta’awun dengan memfokus kepada titik persamaan selain merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat.

Takiyuddin berkata perkara itu adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini.

Beliau berkata parti itu akan terus konsisten dan komited dengan agenda Penyatuan Ummah sebagai paksi utama perpaduan nasional antara orang Melayu-Islam, bumiputera dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Keadaan ini sekali gus akan menjadi formula utama ke arah kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Ini juga selaras dengan usul yang dibawa Dewan Ulamak PAS Pusat dan disokong sebulat suara dalam Muktamar PAS Ke-68 di Alor Setar baru-baru ini.

“PAS juga tetap dengan penegasan tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan tidak menerima konsep khemah besar tajaan mana-mana pihak sekalipun dalam menghadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin juga berkata PAS amat yakin perpaduan antara parti Melayu-Islam dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan adil dan saksama untuk semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa serta budaya seterusnya akan diterima baik oleh majoriti rakyat yang tidak mahu sejarah hitam lampau berulang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad